Apa itu Metabolisma

Apa itu Metabolisma 1

Proses pembakaran nutrien sama ada untuk menghasilkan tenaga atau haba dikenali juga sebagai proses metabolisma. Walau bagaimanapun, istilah metabolisma mempunyai  beberapa maksud, antaranya ialah;

  1. Pembakaran nutrien untuk menghasilkan tenaga atau haba.
  2. Pembakaran nutrien atau xenobiotik, khususnya oleh hati.
  3. Istilah umum untuk segala proses kimia yang terdiri daripada anabolisme iaitu penggabungan dan katabolisme iaitu pemisahan.

Kronologi umum penghasilan tenaga adalah seperti berikut. Sistem respiratori/pernafasan yang diketuai oleh paru-paru mengambil oksigen, kemudian oksigen dibawa oleh sel darah merah kepada sel-sel lain melalui sistem sirkulatori/kardiovaskular yang diketuai oleh jantung. Di dalam sel, berlaku proses oksidasi glukosa dengan menggunakan oksigen.

Hasil daripada oksidasi glukosa, karbon dioksida dan air. Organel yang penting di dalam sel untuk menghasilkan ATP (adenosine triphosphate) ialah mitokondria, ATP menjadi sumber tenaga untuk melakukkan proses-proses lain, manakala air dan karbon dioksida dibawa oleh sistem sirkulatori daripada sel kepada sistem respiratori untuk dibuang ke luar.

Protein dan lipid boleh juga digunakan untuk menghasilkan tenaga, tetapi ia hanya digunakan ketika berlaku kekurangan glukosa dalam tubuh. ATP memberi tenaga melalui proses pemecahan struktur ATP kepada ADP (adenosine diphosphate), proses ini dinamakan hidrolisis ATP. Adakalanya proses oksidasi ini tidak menyimpan tenaga dalam bentuk ATP, tetapi dibebaskan sebagai haba.

Kesimpulan Metabolisma Badan;

1. Metabolisme ialah proses-proses yang berlaku kepada sesuatu struktur, sama ada pembinaan struktur atau penghancuran struktur.

2. Metabolisme terbahagi kepada dua iaitu anabolisme dan katabolisme.

3. Anabolisme merujuk kepada pembinaan struktur, iaitu pencantuman beberapa struktur kecil menjadi satu struktur besar. Proses yang bersifat sedemikian dinamakan anabolik. Manakala bahan yang terhasil daripada proses tersebut dinamakan anabolit.

4. Katabolisme merujuk kepada penghancuran struktur, iaitu pemisahan satu struktur besar menjadi beberapa struktur kecil. Proses yang bersifat sedemikian dinamakan katabolik. Manakala bahan yang terhasil daripada proses tersebut dinamakan katabolit.

5. Dalam konteks kesihatan, kedua-dua proses ini mestilah seimbang. Sel, tisu dan organ yang sihat mestilah sentiasa dibina. Struktur yang patogenik seperti darah beku, lemak berlebihan dan kuman mestilah sentiasa dihancurkan.

6. Keseimbangan antara anabolisme dan katabolisme akan menghasilkan satu keadaan yang sempurna yang dinamakan homeostasis dan ekuilibrium.

7. Sama-samalah kita menjaga pemakanan dan gaya hidup kita agar keseimbangan metabolisme dapat dicapai, insha-Allah.

Rujukan:
Buku Risalah Ilmu Perubatan

Rate this post


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

simkad tone wow

lazada affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *