Istilah logam berat merujuk kepada sebarang elemen kimia metalik yang mempunyai kepadatan tinggi dan kadar toksik pada kepekatan rendah. Jika kepekatan logam² berat ini melebihi paras normal di dalam darah, ia boleh menyumbang kepada proses kemerosotan otot, fizikal dan neurologikal yang sering berlaku pada penyakit² seperti Parkinson’s disease, multiple sklerosis, Alzheimer, muscular distrophy dsbnya. Contoh² logam berat adalah seperti plumbum, cadmiun, merkuri, arsenik, aluminium dsbnya di mana bahan² ini biasanya berada dalam persekitaran, makanan dan ubatan yang kita ambil. Cadmium umpamanya banyak terdapat pada baja penyubur sayuran manakala zinc pula adalah antara ramuan bahan penghilang bau badan/deodorant.
Peralatan kosmetik seperti gincu & eyeliner umpamanya juga mengandungi logam² berat seperti lead, nickle, aluminium dsbnya. Biasanya logam² berat akan disingkir keluar daripada tubuh melalui ginjal (air kencing) dan kulit (perpeluhan), namun disebabkan faktor² tertentu seperti pendedahan berterusan atau berlebihan, pencemaran air dan udara, pengambilan ubatan atau makanan yang mengandungi logam² berat dsbnya, kepekatan logam² berat berkenaan boleh meningkat tinggi di dalam darah.
Jika peningkatan logam² berat berkenaan tidak terkawal, ia boleh menjadi toksik kepada tubuh dan memudaratkan kesihatan. Selain kaedah rawatan moden seperti “chelation therapy”, berdasarkan kajian terapi bekam juga didapati berkesan mengurangkan kepekatan logam² berat di dalam darah.
N.K. Umar et al 2018 mendapati terapi bekam basah yang dilakukan kepada 13 orang lelaki berumur purata 24 tahun berjaya menurunkan paras beberapa logam berat seperti aluminium, zinc, cadmium berbanding “baseline”/sebelum terapi bekam dilakukan dengan ketara.
S. Gok et al 2016 juga mendapati terapi basah yang dijalankan keatas 24 orang sukarelawan berupaya menurunkan paras logam² berat selepas dianalisa dengan Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP-MS) di mana kepekatan logam² berat berkenaan lebih tinggi pada darah bekam berbanding darah vena.
Kajian terbaru oleh A.R. Benli et al 2020 keatas 44 subjek juga menemui hasil yang serupa di mana paras 13 logam berat seperti aluminum (Al), antimony (Sb), arsenic (As), cadmium (Cd), chrome (Cr), cupper (Cu), iron (Fe), lead (Pb), manganese (Mn), mercury (Hg), molybdenum (Mo), nickel (Ni), dan zinc (Zn) juga menurun dengan ketara selepas terapi bekam basah dilakukan sebulan sekali untuk 3 sesi.
Ketiga² kajian ini menunjukkan bahawa paras logam² berat boleh mengalami penurunan ketara selepas terapi bekam basah/hijama beranding dengan “baseline” atau bacaan sebelum terapi bekam dilakukam. Kajian ini mencadangkan bahawa terapi bekam mempunyai kesan penyingkiran ketara sepertimana organ ginjal dimana keupayaannya dalam aspek membersihkan darah daripada logam² berat yang berlebihan sekaligus menurunkan risiko pelbagai penyakit berkaitan tidak dapat disangkal lagi.
MA. SABRI
Sumber:
1.The effects of wet cupping therapy on the blood levels of some heavy metals: a pilot study Nafisa K Umar, Sherali Tursunbadalov, Serdar Surgun, Menizibeya O Welcome, Senol Dane Journal of acupuncture and meridian studies 11 (6), 375-379, 2018
2. Is it possible to remove heavy metals from the body by wet cupping therapy (Al-hijamah)? Sumeyye Gok, Fatmanur Hacievliyagil Kazanci, Husamettin Erdamar, Nurcan Gokgoz, SitiSugih Hartiningsih, Senol Dane NISCAIR-CSIR, India, 2016
3. The effect of wet cupping therapy on heavy metal levels: a single-arm clinical trial Ali Ramazan Benli, Suleyman Ersoy Iranian Red Crescent Medical Journal 22 (4), 2020