Bekaman Purba

Bekam adalah istilah Melayu untuk pelepasan darah. Dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil cupping. Bekam diterjemahkan daripada perkataan Arab al-Hijamah yang bermaksud prosedur pembersihan darah di mana sisa toksid dikeluarkan daripada badan melalui kulit.

Kepada pembaca Muslim saya ingin menarik perhatian mereka kepada satu Hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi berhubung dengan Bekam yang menyatakan ketika Nabi Muhammad (SAW) dalam perjalanan Isra’ baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan baginda mengarahkan pengikut-pengikutnya menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit.

Nabi Muhammad (SAW) biasa membekam bahagian atas kepalanya dan di antara bahu baginda. Sebelum perkembangan sains perubatan moden, orang Islam menganggap Bekam sebagai cara utama mengeluarkan sisa toksid daripada badan dan Bekam lazimnya digunakan untuk merawat hampir ke semua jenis penyakit.

Kaedah Bekaman Purba

1. Bulu-bulu dicukur dahulu, dan bahagian tersebut dihiris dengan alat yang tajam supaya darah mengalir keluar.

2. Pisau, pisau cukur, buluh tajam, dan gunting digunakan untuk menghiris, memotong atau menembusi kulit supaya darah mengalir keluar.

3. Cawan diperbuat daripada tanduk binatang, kayu, tembaga, dan kaca. Lubang ditebuk pada penghujung tanduk yang tirus dan darah disedut keluar. Api digunakan untuk penyedutan jikalau ia diperbuat daripada tembaga atau kaca.

Rawatan kulit sebelum dan selepas berbekam tidak pernah disebut di dalam mana-mana penulisan. Kaedah ini diamalkan untuk semua jenis penyakit.

Walaupun tujuan utama mengeluarkan sisa toksid melalui kulit telah tercapai namun ada keburukannya. Aduan utama ialah radang di tempat yang dibekam, jangkitan, dan selalunya kehilangan darah yang banyak. Pesakit terpaksa menahan kesakitan semasa pembekaman dilakukan dan parutnya berkekalan.

Mudah untuk difahami kenapa dan bagaimana kaedah penyembuhan yang begini baik (diamalkan daripada 500BC sehingga abad ke 19) dipinggirkan apabila perubatan moden dengan segala dadahnya, antibiotik dan teknik aseptik dalam surgeri muncul.

Perubatan moden telah membawa kesan yang amat besar ke atas semua orang diseluruh dunia. Perubatan moden bersama dengan peradaban barat mempengaruhi kehidupan kita sama ada dalam bentuk fizikal atau spiritual. Hanya akhir-akhir ini kesan sampingan dan bahana dadah dan antibiotik membuatkan kita berfikir semula sama ada perubatan tradisional yang telah kita ketepikan patut diperhatikan semula.

Hasil daripada keinginan mencari pilihan lain sebagai cara memulihkan kesihatan. Bekam Moden dicipta dengan menggunakan teknik dan prosedur moden berdasarkan Bekam purba sebagai kaedah pencegahan dan perawatan penyakit, melegakan kesakitan dan memulihkan fungsi fizikal badan yang biasa. Masa akan membuktikan keberkesanannya.

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *