Buah Avokado

buah avocado

Avokado mengandungi vitamin A. Daun avokado tidak sesuai sebagai ubat herba untuk wanita yang mengandung. Ia beracun dan boleh membunuh haiwan ternakan (jika banyak dimakan) seperti lembu. Minyak monotepu avokado mempunyai kesan antikolesterol. Buah yang belum masak beracun.

NAMA VERNAKULAR: AVOKADO
NAMA BOTANI: PERSEA AMERICANA MILLER
FAMILI: LAURACEAE

MORFOLOGI

Pokok sederhana besar, 20 m tinggi, tetapi di Malaysia jarang-jarang melebihi 10 m tinggi.

Daun ringkas, susunan selang-seli, panjang 6-30 cm, lebar 3-20 cm, permukaan atas warna hijau tua, bawah hijau muda.
Bunga lebar 1.25 cm, warna kuning kehijau-hijauan, wangi, terdapat pada jambak bunga sepanjang 6-20 cm.

Buah berjuntai, bulat, bujur telur atau bentuk buah pir, panjang hingga 20 cm dan lebar 15 cm, hijau semasa muda, ungu atau hampir hitam setelah masak, kulit buah licin atau kasar, isi warna kuning campur hijau, satu biji besar dan keras di dalam satu buah.

KANDUNGAN

Buah [berbeza-beza mengikut jenis kultivar (isi 100 g)]—65-86 8 air, 3.4-5.75 karbohidrat, 1-4 g protein, 5.8-23 g lemak, 0.8-1.0 g besi, 75-135 IU vitamin A, 153.2 mg vitamin B kompleks dan karotinoid. Lemak avokado mengandungi banyak minyak monotepu.

Daun-metil-cavikol, d-alfa-pinen dan asid hidrosianik.

TABURAN

Avokado berasal dari kawasan Amerika Tengah, dan kini ia ditanam di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika.

PENANAMAN

Avokado boleh ditanam dengan biji, secara tut atau cantuman. Pokok yang ditanam dengan biji mungkin menghasilkan buah yang agak berbeza sifatnya daripada pokok induk. Biji avokado mula bercambah tidak lebih daripada 3 minggu selepas ia ditanam. Anak benihnya lebih cepat tumbuh dan membesar dalam cuaca yang lembap dan panas. Avokado memerlukan tanah yang tidak terlalu bertakung air. Jenis pokok yang ditanam dengan biji memerlukan masa 6-8 tahun untuk berbunga manakala pokok tut atau cantuman hanya perlukan masa antara 3-4 tahun.

PENYAKIT/PEROSAK

Akar dan buah avokado mudah diserang kulat. Virus juga lazimnya menjangkiti buah. Buah yang sudah dipetik mungkin busuk pada bahagian pangkalnya disebabkan serangan kulat. Rantingnya pula ditebuk ulat dan memakan empulur. Bahagian daun serangga yang dan buah lazimnya diserang oleh beberapa jenis serangga yang menghisap cecair daun.

KHASIAT MAKANAN

Buah masak : Dimakan mentah dengan dicampur sedikit gula pasir halus atau gula melaka, dimasukkan dalam salad sayur dan buah, serta dibuat jus minuman. Ia merupakan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak kerana isinya mudah hadam. Isinya bertekstur seperti mentega kerana mengandungi banyak lemak; rasanya tidak masam dan tidak manis.

KHASIAT UBATAN

Biji: Dijadikan serbuk lalu disapu pada buasir.

Buah: Kulitnya dicampur air yang mendidih lalu diminum semasa perut kosong untuk mengatasi masalah cacing dalam perut dan usus.

Daun: Air rebusan diminum untuk menghentikan cirit-birit, sebagai tonik pencuci darah, mengatasi selesema, disapu pada tempat sakit reumatisme dan sakit lain, dijadikan air mandian untuk mengatasi demam panas, sakit-sakit badan dan sendi.

Daun dipanaskan dan diletakkan pada dahi untuk rawatan sakit kepala

Daun dan kulit kayu direbus lalu diminum untuk rawatan batuk, bengkak permukaan kerongkong dan lubang hidung, banyak kahak, tekanan darah tinggi, penyakit hati, dan merangsang haid.

Teh daun avokado diminum untuk menghentikan cirit-birit, menurunkan tekanan darah, melawaskan buang air kecil, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, dan mengeluarkan kahak. Teh herba daun avokado dicampur biji avokado diminum untuk menghentikan cirit-birit. Air rebusan daun avokado dicampur daun durian belanda, daun limau nipis dan daun asam jawa lalu diminum untuk rawatan selesema.

KEGUNAAN LAIN

Minyak avokado digunakan dalam industri kosmetik seperti sabun, syampu dan produk penjagaan kulit. Buah yang belum masak dicencang dan dicampur ke dalam keju. Bahan ni boleh digunakan sebagai racun tikus dan mencit.

Rujukan
Buah Khasiat Makanan & Ubatan

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *