Cara Bekam Mengatasi Keradangan

Cara Bekam Mengatasi Keradangan 1

Keupayaan tubuh untuk perlindungan diri, tujuannya untuk menghilangkan rangsangan merbahaya, termasuk sel-sel rosak, irritasi atau patogen dan memulai proses penyembuhan.

Inflamasi adalah sebahagian daripada tindakbalas sistem imunisasi tubuh.

PENYEBAB-PENYEBAB RADANG

Radang Akut berlaku dgn cepat dan teruk. Gejala boleh ada dlm beberapa hari atau beberapa minggu. Cth: bronkitis akut, tonsilitis akut, sinusitis akut, luka di kulit (spt luka bekam) dan sebagainya .

Radang Kronik berlaku dalam jangkamasa panjang, boleh sampai bertahun2. Ini adalah berikutan kegagalan tubuh menghilangkan punca keradangan, suatu tindakbalas autoimun terhadap sistem kekebalan tubuh sendiri & suatu irritasi ringan kronik yang bertahan . Cth: Asma, TB, rheumatoid arthritis, sinusitis kronik (resdung) dll.

GEJALA-GEJALA RADANG

Bengkak
Kemerahan
Kesakitan
Panas
Immobiliti (xdpt digerakkan)

RAWATAN

Ubat2an/herba
Ais batu/pek ais
Rehat
Bekam

Bekam pada kawasan sekitar anggota badan yang keradangan (bengkak, merah, sakit & panas spt gout) boleh mengurangkan keterukan peradangan. Bekam pada kawasan radang secara langsung akan menyebabkan peradangan menjadi semakin teruk (bengkak, sakit+merah) iaitu berpunca daripada penghantaran bekalan darah yang berlebihan (kesan tekanan negatif menyebabkan hiperemia) utk proses permulaan pemulihan.

Jadi, jgn buat bekam secara langsung ke bahagian anggota badan yg bengkak (radang). Bekam saja di kawasan sekitarnya saja seperti membuat kepungan.

Fahami konsep bekam iaitu membuang “darah kotor” atau agen-agen punca penyakit (CPS) termasuk agen2 peradangan (spt asid urik berlebihan). Beberapa faktor lain juga harus diambilkira.

Keradangan Ada di dalam Setiap Penyakit Kronik

radang kronik

Faktor umum dalam mengakibatkan penyakit kronik adalah keradangan yang mempengaruhi ekspresi gen dan boleh menjejaskan salah satu organ atau sistem tubuh kita. Simptom awal dan tanda awal contohnya merasa kesakitan, ketidakselesaan, masalah pencernaan dan lain-lain biasanya diabaikan atau dibendung dengan ubat-ubatan farmaseutikal.

Hasilnya, kita terus mematuhi diet yang sama, mengikuti gaya hidup yang penuh tekanan atau tidak aktif dan mempercayai bahawa kita dalam keadaan yang baik dimana masalah kesihatan yang kecil telah selesai dengan penggambilan ubatan farmaseutikal.

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

simkad tone wow

lazada affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *