Garis Meridian Tubuh

Garis Meridian Tubuh 1

Menurut TCM, bahagian tubuh badan yang berperanan dalam memelihara keseimbangan adalah garis meridian. dalam bahasa Arab ia dipanggil habl. Dalam perubatan moden ia seakan² merujuk kepada sistem muskuloskeletal bersama dengan rangkaian saraf, limfa dan pembuluh darahnya. Sebenarnya garis meridian merupakan imaginasi tubuh manusia sahaja, bukan berdasarkan anatomi sebenar.

Garis meridian digambarkan sebagai saluran membujur dan melintang pada seluruh badan di mana ia menghubungkan permukaan tubuh (kulit) dengan organ, organ dengan organ, organ dengan saraf tunjang, saraf tunjang dengan yang lain, tubuh sebelah kanan dengan kiri, tubuh atas dengan bawah, tubuh luar dengan dalam dan organ tubuh dengan anggota yang bergerak.

Melalui perhubungn inilah terhasilnya suatu kesatuan yang akan bertindak bersama apabila mendapat rangsangan dari dalam mahupun luar. Melalui garis meridian dan titik²nya ini jugalah tenaga vital bercampur dengan darah mengalir lancar untuk memastikan keseimbangan tubuh badan berterusan.

Pada tubuh manusia terdapat bahagian yang sangat sensitif dan memiliki banyak impuls bioelektrik yang biasa disebut sebagai trigger points, titik ah shi, tender point, potent point dll. Berdasarkan kajian, titik² ini mengandungi banyak jaringan saraf, motor-neuron, kapilari², mitokondria, mioglobin, venula halus dan mast cells. Oleh sebab itulah titik² ini amat sensitif terhadap rangsangan yang terhasil oleh bekam.

Acupoints

Qi pula ialah udara atau tenaga dari alam yang mengalir dari alam semesta ke dalam tubuh manusia. Qi yang berada dalam tubuh tidak dapat dilihat tetapi ianya dizahirkan/dimanifestasi melalui fungsi organ-organ. Kewujudan qi yang banyak dalam tubuh adalah asas kepada kesihatan yang baik manakala lemahnya qi membawa kepada penyakit. Qi dan darah dalam tubuh mempunyai hubungkait yang sangat rapat.

Di sepanjang meridian terdapat banyak points atau titik yang dipanggil acupoints atau titik tenaga. Acupoints adalah tempat di mana qi bagi organ dan meridian dalam badan bertemu pada permukaan badan iaitu kulit. Setiap acupoints adalah berhubung dengan meridian dan organ yang berlainan dalam tubuh. Oleh itu, acupoints adalah tempat di mana kita dapat ‘bercakap’ dengan tubuh dan organ-organnya.

Acupoints bertindak sebagai ‘window’ pada badan manusia. Apabila satu-satu organ mengalami kemerosotan prestasi, akan terdapat kesan kesakitan pada acupoints yang terlibat. Ini adalah keputusan maklumat penyakit yang dibawa keluar ke permukaan tubuh (kulit) melalui acupoints pada body meridian. Jadi, sekiranya kita memberikan maklumbalas semula melalui acupoints tersebut, organ yang terlibat akan respon.

Maklumbalas yang diberikan itu sebenarnya adalah dalam bentuk urutan, acupunture, accupressure atau yang seumpama dengannya. Urutan pada body meridian yang melibatkan acupoints tersebut akan memberikan rasa kelegaan dan keselesaan kepada pesakit. Urutan yang dibuat tidak perlulah sehingga menyakitkan kerana kulit yang dipenuhi dengan nerve receptors telah cukup sensitif dengan sentuhan seperti urutan.

Sesungguhnya kejadian tubuh manusia adalah terlalu hebat, sukar digambar dengan kata-kata. Alhamdulillah, marilah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan.

5/5 - (2 votes)


simbol bagus



cara buat duit







temu

klikjer



tone wow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *