Jin Diciptakan Tuhan Dari Percikkan Api

jin dari api

Firman Allah swt:

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang (Ar-Rahmaan 55:15) 

Ibnu taimiyah ada menyatakan bahawa jin boleh berupa. Hujah beliau, Semasa berlaku perang Badar, ada jin berupa dengan rupa Suraqah bin Malik. Ada jin berupa dengan rupa manusia ketika berjumpa dengan Abu Hurairah, dan dia mengajar membaca ayat al-kursi untuk mengelak dari diganggu oleh syaitan. Hujah beliau lagi, pada zaman nabi juga terdapat jin berupa dengan rupa binatang, seperti ular.

Menurut kebanyakan ulama Ahli Sunnah Wal jamaah, jin boleh masuk ke dalam jasad manusia. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa nabi berkata: “sesungguhnya syaitan berjalan dalam jasad manusia pada laluan darah manusia”.

‏إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم (‏متفق عليه‏)‏‏

Ibn Hajar Al-Haitami menyatakan bahawa dakwaan bahawa jin tidak boleh masuk ke dalam badan manusia, kepercayaan itu bermuarakan dari aliran muktazilah.

Imam Ahmad bin hanbal pernah ditanya oleh anaknya berkenaan ada orang kata bahawa jin tidak boleh masuk ke dalam jasad manusia. Jawab Imam Ahmad, mereka sebenarnya berdusta.Ini kerana, berapa banyak kita dapati jin bercakap atas lisan manusia.

Hadis Nabi Muhammad ada berkata: “sesungguhnya syaitan tidak akan masuk dalam rumah yang dibacakan surah al Baqarah”

فإن البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة لا يدخله شيطان

Dengan itu didapati jin lebih kurang seperti manusia, ada jin kafir dan ada jin yang beriman.

Wahid Abdul Salam Bali dalam kitab al-Sarim al-Batyar ada menyatakan bahawa kita tidak boleh berhasrat untuk berjumpa dengan jin. ini kerana, kita tidak tahu apa agama jin; kita tidak tahu juga, apakah jin yang datang kepada kita itu jin yang baik atau jin jahat.

Ini disandarkan kepada satu hadis nabi: “jangan kamu berharap berjumpa dengan musuh. Apabila kamu berjumpa, maka hendaklah kamu bertahan”

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *