Kenapa Darah Bekam Membeku?

darah beku

Kenapa darah kotor yang disedut keluar daripada badan membeku di dalam cawan bekam beberapa minit kemudian? Betulkah ia adalah sebahagian daripada darah beku yang berjaya dikeluarkan daripada dalam badan atau oleh sebab darah kotor itu mengandungi kuman dan racun maka ia akhirnya membeku? jadi apa penyebab darah menjadi beku?

Sebab Darah Membeku

Sebenarnya dalam apa jua situasi pun, jika darah terkeluar daripada badan dan darah itu dikumpul di dalam bekas ia pasti akan membeku. Pembekuan ini bukanlah disebabkan oleh kerana ada kotoran, toksin atau kuman di dalamnya.

Tetapi fenomena ini adalah disebabkan oleh kehadiran Platelet (sel darah beku), Protein Faktor Pembekuan dan Fibrin yang juga keluar dan disedut bersama sel darah merah daripada kapilari yang bocor (ditusuk jarum) yang dikumpul di dalam cawan bekam. Faktor tekanan negatif dan bentuk cawan bekam juga mempengaruhi bentuk darah kotor yang membeku pada permukaan kulit.

Darah kotor yang membeku selepas lebih kurang 3-5 minit di dlm cawan bekam ini juga berwarna merah kehitaman. Warna merah kehitaman itu juga tidak bermakna bahawa ia disebabkan oleh kehadiran kuman atau toksin di dalamnya (walaupun memang terdapat toksin, kuman, sel² darah merah mati dll di dalamnya).

Hakikatnya ketika proses tusukan jarum ke atas permukaan kulit dilakukan, sejumlah sel darah merah terang (tinggi oksigen) yang memberi kesan warna merah kepada cecair yang lain telahpun mati atau rosak akibat daripada kehilangan oksigen dan bertukar warna kepada merah kegelapan.

Faktor tekanan negatif iaitu ruang tanpa udara juga sedikit sebanyak mempengaruhi kematian sel² darah merah dan warna sejumlah cecair di dalam cawan bekam. Kesimpulannya, darah beku merah kehitaman bukanlah disebabkan oleh darah kotor yang mengandungi kuman dan toksin semata-mata tetapi ia adalah disebabkan kehadiran faktor pembekuan (platelet & fibrin) dan sel² darah merah yang mati di dalam cawan bekam tanpa udara.

Kenapa cup bekam nampak keputihan?

Ada orang kata ia adalah “angin” atau “toksin” yang keluar daripada tubuh. Saya tidak mahu komen tentang samada dakwaan itu betul atau salah. Daripada aspek sains, secara ringkas ia adalah hasil daripada proses kondensasi (proses yang berlawanan dengan proses evaporasi), di mana wap air yang mengandungi sejumlah titisan mikro cecair yang terangkat daripada kulit atau “darah bekam” bertukar menjadi cecair apabila bersentuhan dengan permukaan dalam cup yang dingin atau lebih rendah suhunya.

Hal ini tidak akan berlaku jika persekitaran dalam cup bekam mempunyai suhu yang sama atau hampir sama dengan wap air daripada tubuh. Jika anda menggosok kedua belah tapak tangan, kemudian memegang cup bekam yang sedang menyedut kulit, wap keputihan itu akan hilang atau tidak sempat kelihatan. Begitu juga kalau anda meletakkan cup bekam di bawah alat pemanas, wap putih tidak akan kelihatan kerana proses kondensasi tidak berlaku.

– Sabri Osman

Banner 1

rawatan bekam





Leave a Reply

Your email address will not be published.