Strok, kadangkala dipanggil juga sebagai “serangan otak“, berlaku apabila sesuatu seperti darah beku menghalang bekalan darah ke bahagian otak (Ischemic stroke) atau apabila saluran darah di otak pecah (hemorrhagic stroke ). Dalam kedua-dua kes, bahagian otak yang terlibat menjadi rosak atau mati. Strok boleh menyebabkan kerosakan otak yang berpanjangan, hilang upaya jangka panjang seperti lumpuh separuh badan, kesukaran bertutur, masalah ingatan bahkan kematian.
Faktor risiko utama strok adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis di mana faktor-faktor ini masih boleh dikawal melalui amalan cara hidup sihat atau pengambilan ubatan tertentu daripada doktor perubatan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa terapi bekam keatas sejumlah pesakit strok juga berupaya memperbaiki fungsi motor selain meningkatkan kualiti hidup, sesuai sebagai pendamping kepada rawatan konvensional.
Berdasarkan meta-analisa & systemic review oleh T. Shau et al 2023, terdapat 8 kajian (RCT) yang menunjukkan bahawa terapi bekam basah berupaya mengurangkan tahap kekakuan otot keatas sejumlah pesakit strok yang mengalami kekakuan anggota tubuh atas (lengan atas). Data-data ini diperolehi melalui ujian Ashworth Scale Score, Integral Electromyography Values Of Biceps Muscle, Fugl-Myer Assessment Score & Barthel Index Score yang dilakukan sebelum dan selepas terapi bekam. Meta-analisa & systemic review oleh M.Kim et al 2021 mendapati 21 kajian kesan terapi bekam melibatkan 1653 pesakit strok daripada tahun 2000 hingga 2021.
Secara umumnya kajian-kajian ini menunjukkan bahawa terapi bekam berupaya memperbaiki fungsi motor, termasuk tona otot dan mengurangkan tahap kekakuan (spasticity) sejumlah pesakit strok. Terdapat juga sebahagian daripada kajian-kajian itu yang menunjukkan tentang keupayaan terapi bekam dalam mengurangkan tahap keterukan komplikasi post-stroke yang lain seperti meningkatkan kualiti tidur yang terjejas, meningkatkan fungsi kognitif/ingatan, mengurangkan edema pada tangan dsbnya.
Tujuan utama terapi bekam pada kes post-stroke adalah untuk meningkatkan semula sirkulasi darah pada bahagian tubuh atau otak yang terjejas agar tahap kekakuan atau ketegangan/kontraksi berterusan otot termasuk kesakitan dapat dikurangkan seterusnya memperbaiki fungsi motor pada otot-otot yang terlibat.
Penyingkiran bahan punca penyakit atau bahan berkaitan penyakit melalui bekam basah seperti glutamate umpamanya boleh menurunkan risiko kerosakan kekal otak selain menurunkan risiko pelbagai penyakit lain. Selain terapi bekam, pengambilan diet tinggi protein dan “lemak baik” selain terapi fizikal(fisioterapi) juga perlu untuk membantu proses rehabilitasi di kalangan pesakit post-stroke.
Ref:
1. Wet cupping with rehabilitation training for upper-limb poststroke spasticity: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Tian-Yi Shao, Jun-Xiang Wang, Song-Ting Shou, Olivia Lai Fidimanantsoa
Heliyon, 2023
2. The effectiveness and safety of cupping therapy for stroke survivors: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials
Mikyung Kim, Chang-ho Han, Mikyung Kim, Chang-ho Han. Journal of Korean Medicine 42 (4), 75-101, 2021
3. The Effect of Cupping Ttherapy on Sleep Quality in Post Stroke Patients
Livia Amelia, Agus Purnama
Jurnal Ilmiah Ilmu Keperawatan Indonesia 13 (04), 152-159, 2023
4. Effect of Moving Cupping Therapy on the Post-stroke Hand Edema; Single Subject Design
Ro-Min Lee, Sang-Hoon Lee, Sang-Su Nam, Yong-Suk Kim
5. Effects of cupping therapy on memory impairment after hemorrhage in rats
Ji Hye Lee, Day Joh, Young Ho Choi, Chan Kyung Chung, Yoon Suk Choi, Mi Gyoung Cha, Ji Wook Jung. Journal of Physiology & Pathology in Korean Medicine 27 (6), 789-794, 2013
Journal of Acupuncture Research 25 (3), 1-17, 2008