Keunikkan Otak Tengah (Mid Brain)

Kelenjar Pineal Yang Hebat
Kelenjar pineal – pineal gland

Otak Utama – Apakah itu otak tengah?

Secara ringkasnya otak tengah adalah otak yang terletak diantara otak kanan dan kiri. Ia juga dikenali sebagai jambatan otak yang mengandungi 300 juta serat saraf. Ianya juga akan mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi. In sha Allah Otak tengah yang telah diaktifkan akan dapat membantu menyeimbangkan keupayaan fungsi otak kanan dan otak kiri.

Kelenjar pineal adalah organ yang berbentuk seperti kerucut (kon) yang rata. Sebesar kacang “peas” dan letaknya di pusat otak tengah. kelenjar pineal adalah kelenjar yang paling misteri di dalam tubuh manusia, kerana “range” atau ukuran frekuensi otak kelenjar pineal adalah di bawah atau “0 hingga 100 nanometer, bermaksud sangat laju dan cekap apabila tiada pancaran cahaya dan terus berada di dalam kegelapan cahaya. Seorang pakar ahli firasat terdahulu pernah mengelarkan kelenjar pineal adalah “the seat of soul” (pusat jiwa).

Akhir-akhir ini para peneliti lebih banyak memberi perhatian pada kelenjar pineal. Eksperimen-eksperimen dilakukan diberbagai pusat kesihatan diseluruh dunia, khususnya di University of New South Wales di Australia. Para Ilmuwan telah menemukan bahwa kelenjar ini mengeluarkan hormon yang sangat ampuh (mujarab) yang disebut melatonin, yang membuat pemikiran manusia menjadi introvertif yang memberikan rasa kebahagiaan dan keceriaan tanpa batas serta kesadaran yang lebih tinggi.

Hakikatnya kelenjar pineal ini menghasilkan dua macam hormon penting di dalam mengendalikan segala aktiviti manusia. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan hormon seratonin yang memberikan pengaruh kepada semangat untuk melakukan aktiviti fizikal. Ini terjadi khususnya pada siang hari di mana kelenjar-kelenjar penting yang lainnya sangat aktif disebabkan kegiatan fizikal tubuh.

Sebaliknya di malam hari pula, dimana semua kelenjar-kelenjar yang lain di bawahnya menjadi kurang aktif, kelenjar pineal pula akan mencapai puncak fungsinya dan akan mengeluarkan hormon melatonin.

Inilah fakta di dalam hakikat sunnah dan kajian dalam pakar-pakar ilmiah Islam bahawa dalam pukul 12:00 mlm hingga 2:00 pagi, dan di dalam rahsia kegelapan malam inilah kelenjar pineal akan berfungsi dengan sebaiknya. Adalah amat baik untuk kita berqiamullail atau solat tahajud, kerana di waktu inilah yang sebutkan “waktu semangat” (keinginan, kemahuan, kecerdasan, kusyuk, syahdu) namun akan menurun tahap melatonin apabila menjelangnya waktu fajar.

Gambar rajah menunjukkan kaedah manusia menggunakan otak kanan dan otak kiri.

Pengaruh Melatonin Terhadap Tubuh Manusia

Melatonin memiliki susunan kimia yang sederhana, akan tetapi memainkan peranan yang penting di dalam fungsi-fungsi tubuh, mengawasi kerja berbagai kelenjar dan organ, dan megatur produksi hormon.Kelenjar pineal juga mengendalikan tahap kelebihan rangsangan saraf simpatik, terutamanya kepada tahap tekanan rendah dan memperlambatkan kecepatan ritma jantung, mengurangi kesan kepada serangan jantung, mengurangi tekanan jiwa, memperbaiki tidur (imsomnia), mengatur sistem biologis tubuh, menguatkan kekebalan tubuh (sistem ketahanan tubuh), meningkatkan sistem daya tubuh (sistem imun) terhadap kuman dan virus serta mencegah daripada penyakit kanser dan pikun (nyanyuk).

Produksi melatonin berbanding atau berbeza dengan produksi seratonin, zat kimia yang menarik pembuluh darah dan bertindak sebagai pemancar saraf. Pemikiran di waktu siang hari dengan disertai aktiviti yang agresif akan menyebabkan jumlah seratonin yang banyak dan diperlukan oleh sel-sel saraf. Manakala di malam hari pula di waktu kegelapan atau waktu tenang dan berehat pula atau pun semasa berzikir dan bertahajud, ketika inilah terangsangnya melatonin.

Apabila anda di bawah cahaya lampu yang amat terang dan di dalam suasana kebisingan, ketika inilah produksi melatonin akan menurun. Inilah jawapan mengapa para pekerja shif malam atau mereka yang tidur dibawah cahaya lampu yang terang akan memiliki sistem kekebalan atau ketahanan tubuh akan menurun atau menjadi rendah, maka mudahlah terdedah kepada penyakit dan kecenderungan kepada penyakit kanser adalah lebih tinggi potensinya berbanding dengan orang yang tidur di dalam kegelapan (lansung gelap).

Terdapat dua penelitian di Amerika telah menunjukkan bahwa cahaya yang terang pada malam hari akan mengurangi tahap produksi melatonin dan menyebabkan pengeluaran hormon estrogen kepada golongan perempuan, yang salah satu penyebab akan meningkatkan timbulnya kancer payudara (terutamanya wanita yang bekerja shif).

Penelitian kepada bayi yang meninggal kerana sindrom (SIDS) adalah mendadak. Didapati kelenjar pinealnya kurang berkembang, sehingga menurunkan tahap melatonin dan melemahkan kemampuan otaknya menangani radikal bebas (molekul-molekul dengan elektron tanpa pasangan), sehingga membuatkan otak mudah diserang kerosakan radikal bebas.

Penelitian lain pula kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang pengidap murung dan kesedihan, tanpa alasan menunjukkan bahawa tahap kelenjar melatonin amatlah rendah dan amat terdedah kepada penyakit jiwa.

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *