Khasiat Serai

Khasiat Serai 1

Antara spesisnya ialah serai kampung yang berbau wangi; serai hutan;  yang halus, tetapi pejal; dan serai yang tebal dan paling kendur, serta tidak mempunyai bau. Menurut Dioscorides: ” Terdapat dua spesis, iaitu serai yang tidak mempunyai buah, dan serai yang mempunyai buah yang berwarna hitam.

Jenis Serai Yang Terbaik

Jenis yang paling baik ialah serai kampung yang berwarnah merah dan mempunyai bau yang harum. Bunganya pula ke arah kemerah-merahan. Apabila bunga tersebut memekar, warnanya akan menjadi kemerah-merahan. Bunganya halus, manakala baunya pula seakan-akan bau bunga mawar, iaitu apabila dipecah-pecahkan dengan tangan. Kebanyakan manfaat serai ini terdapat pada bunga, akar, dan batangnya. Ia bersifat menggigit dan memedihkan lidah.

Sifat Serai

Serai hutan mempunyai tenaga yang menyejukkan. Namun. menurut Ibnu Jirrij, semua serai bersifat sejuk. Akarnya bersifat sangat mengecut, manakala bunganya pula sedikit memanaskan. Bagaimanapun. pengecutan serai kurang berbanding pemanasannya. Serai kampung pula hampir-hampir bersifat panas pada tahap yang kedua.

Ciri Khusus Serai

Oleh kerana serai mempunyai sifat mengecut, maka bunganya sesuai untuk mengatasi masalah batuk berdarah. Minyaknya pula bersifat menguraikan dan mengecut. Namun, akarnya lebih kuat dalam sifat tersebut berbanding minyaknya.

Serai juga berfungsi mengecutkan usus, di samping mematangkan dan melembutkan usus. Selain itu, ia juga berfungsi membuka mulut salur-salur darah, meredakan sakit di bahagian dalaman tubuh, khususnya di bahagian rahim, dan berfungsi menguraikan angin.

morfologi serai
Morfologi Serai

Khasiat Serai  Secara Khusus:

  • Merawat Sakit Rahim, Batu Karang dan Buah Pinggang.

Secara khususnya baik untuk kesakitan pada rahim. Berendam di dalam air rebusan serai pula baik untuk bengkak rahim yang panas. Begitu juga jika air rebusan tersebut dititiskan ke dalam rahim, atau dihirup sebagai sup. Bijinya pula boleh memecahkan batu karang; mengurung usus, khususnya serai hutan; dan menghentikan pendarahan pada wanita.

Bunganya pula baik untuk kesakitan pada buah pinggang dan pendarahan akibat sakit tersebut, dan baik untuk bengkak di bahagian punggung. Akarnya diminum sebanyak satu mithqal bersama lada pula baik untuk merawat dropsi.

  • Merawat Masalah Pernafasan.

Baik untuk kesakitan pada paru-paru. Bunganya pula baik untuk batuk berdarah.

  • Merawat Masalah Gastrik.

Akar serai berfungsi menguatkan gaster dan membangkitkan selera makan. Jika diambil sebanyak satu mithqal, khususnya bersama satu mithqal lada, boleh meredakan rasa loya. Bunganya pula berfungsi meredakan kesakitan gaster, dan baik untuk bengkak gaster dan hati.

  • Merawat Masalah Kulit.

Minyaknya baik untuk kegatalan, termasuk untuk haiwan ternakan.

  • Merawat Masalah Bengkak.

Air rebusannya baik untuk bengkak panas, dan juga baik untuk bengkak keras di bahagian dalaman tubuh, sama ada dalam bentuk minuman, ubat balutan, atau pun air rebusan. Selain itu, serai juga baik untuk bengkak sejuk di bahagian visera tubuh.

  • Merawat Masalah Sendi.

Baik untuk otot-otot dan jika diminum sebanyak 1/4 mithqal bersama lada, serai baik juga untuk gejala pengejangan. Minyaknya pula berfungsi menghilangkan kelesuan.

  • Merawat Sengatan.

Daunnya yang segar daripada jenis serai yang tebal, yang terletak berhampiran dengan akarnya, jika dijadikan sebagai ubat balutan, baik untuk merawat sengatan daripada haiwan perosak.

Rujukan
Buku Ibnu Sina

5/5 - (1 vote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *