Minyak Kelapa Ni Racun?

Minyak Kelapa Ni Racun? 1

Profesor daripada Harvard ni kata minyak kelapa ni racun pior? Katanya sebab lemak tepu ni penyumbat salur darah jantung dan otak menyebabkan strok.

Pendapat ini disokong oleh 37% Nutritionist. Tapi 72% rakyat Amerika berpendapat berbeza pulak. Minyak kelapa ini pada mereka sangat sihat mengikut survey The new York Times pada tahun 2016.

Saya nak tanya sikit lah prof.. Sejak tahun bila pulak minyak kelapa jadi racun?

Masyarakat Puka-Puka dan Tokelauan daripada kepulauan polynesia hidup dengan makan minum kelapa. Hampir tak pernah wujud sakit jantung dan strok. Begitu juga masyarakat Kerala daripada India. Begitu juga masyarakat kepulauan Malaya. Sejak berzaman dari generasi ke generasi kott…

Daripada dulu, tak pernah berubah pulak komposisi minyak kelapa.. daripada zaman dulu lagi merupakan minyak tepu.

Bila munculnya penyakit kardiovaskular zaman moden ni? tahun 1900an kan?

Ia muncul selari dengan zaman industri barat dan penciptaan minyak-minyak zaman moden. Tahun 1900an juga!

Masyarakat zaman dulu tak ambil minyak soya, minyak biji matahari, minyak jagung.. sebab bijian ni biasanya keras.. atau perlu banyak proses yang menggunakan mesin untuk dapatkan hasil minyak. Minyak tinggi Omega 6 (pro-kebakaran-dalaman) ni baru je industri barat hasilkan bukan? tahun bila tu.. err..1900an kan?

Minyak Canola tu sebenarnya berasal dari minyak beracun iaitu minyak erucic acid yang ” dicuci” dan dilabel sihat oleh industri barat.

Minyak paling toksik di dunia iaitu minyak trans diilhamkan sebab banyak sangat produksi minyak sayuran macam minyak soya dan minyak matahari. Butter mahal masa tu walaupun demand tinggi.. Jadi mereka tambah hidrogen untuk hasilkan marjerin..

Korang industri barat ajar satu dunia malah dalam silibus diet nutrisi.. dalam garis panduan hospital bahawa butter membunuh. Marjerin lebih sihat. Sampai sekarang dakyah ni lekat dalam otak masyarakat kita walaupun USDA dan WHO sendiri dah declare perang pada Trans fat.

Berjuta yang sakit.. beratus ribu jika tidak berjuta yang mati sebab penyakit kardiovaskular sejak korang cipta minyak sayuran barat dan lemak trans pada tahun 1900an.

Sebelum tu mana ada semua penyakit-penyakit ni.

Dulu nenek moyang kami tak mati sakit jantung pun sebab makan nasi lemak. Pahlawan Tuimingimingi dari kepulauan tokelauan tak mati kena strok pun minum coconut shake hari-hari. Restoran mamak wujud lagi walaupun nenek moyang mereka dari kerala makan kari hari-hari.

Sekarang kami ramai-ramai mati sebab makan biskut dan pastri trans fat yang korang bawak masuk ke negara kami.

Saya kagumi kredibiliti profesor daripada Harvard.. Tapi saya tak ingin juga memalukan dan merendahkan common sense sendiri semata-mata sebab ada profesor Harvard kata gitu. Berlambak juga yang kata sebaliknya. Bahawa minyak kelapa ini adalah superfood. Tiada kajian saintifik yang kukuh mengatakan lemak tepu menyebabkan masalah kardiovaskular.

Oleh sedemikian itu, esok saya masih makan kari dan goreng makanan saya dengan minyak kelapa atau sawit. Musuh sebenarnya ialah gula dan karbohidrat proses yang berlebihan. Musuh sebenarnya ialah minyak sayuran barat berlebihan… dan kewujudan lemak trans!.

Maka marilah kita sama-sama

#PERANGMELAWANGULA
#PERANGMELAWANLEMAKTRANS

SHARE ramai-ramai kat sedara mara, sahabat kita. Biar masyarakat kita sedar apa yang sepatutnya terbaik untuk kita adalah apa yang kita warisi.. makanan fitrah.. bukan makanan proses!

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan.

5/5 - (1 vote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *