Nilai metabolik dalam konteks makanan merujuk kepada bagaimana tubuh memproses dan menggunakan nutrisi dari makanan untuk menghasilkan energi. Berikut adalah beberapa aspek penting mengenai nilai metabolik dalam makanan:
Proses Metabolisme
Metabolisme adalah proses biokimia yang melibatkan penguraian nutrisi dari makanan menjadi energi yang diperlukan oleh tubuh. Nutrisi utama yang terlibat dalam proses ini termasuk:
- Lemak: Sumber energi yang padat, lemak dipecah menjadi asid lemak dan gliserin, yang juga dapat digunakan oleh tubuh untuk energi.
- Karbohidrat: Sumber utama energi, diubah menjadi glukosa yang digunakan oleh sel-sel tubuh.
- Protein: Diperlukan untuk pembentukan dan pemulihan jaringan tubuh. Protein dipecah menjadi asid amino yang dapat digunakan untuk berbagai fungsi, termasuk sintesis hormon dan enzim.
Proses Metabolisme ini melibatkan dua komponen utama:
- Katabolisme: Proses di mana nutrisi dari makanan dipecah menjadi komponen yang lebih kecil, seperti glukosa, asid amino, dan asid lemak. Ini menghasilkan energi yang digunakan oleh sel-sel tubuh.
- Anabolisme: Proses di mana energi digunakan untuk membentuk komponen sel, seperti protein dan asid nukleik, yang penting untuk pertumbuhan dan perbaikan jaringan tubuh.
Gangguan Metabolik
Gangguan metabolik terjadi ketika proses metabolisme terganggu, yang dapat mempengaruhi kemampuan tubuh untuk mengubah makanan menjadi energi. Penyakit seperti diabetes merupakan contoh gangguan metabolik yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein, dan lemak.
Dengan memahami nilai metabolik dalam makanan, individu dapat membuat pilihan yang lebih baik untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Bagaimana Memilih Makanan Yang Sesuai
Cara pemilihan makanan berdasarkan kepada dua faktor iaitu panas dan sejuk. Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud makanan itu betul-betul panas seperti api, dan tidak juga berkaitan dengan nilai kalorinya.
Apa yang dimaksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan yang menimbulkan kesan dalam badan yang menggalakan metabolisme tubuh. Makanan yang sejuk sifatnya memberi kesan merendahkan metabolisme.
Dengan kata lain, jika kita guna termometer untuk mengukur suhu, kita dapat lihat sedikit kenaikan suhu badan apabila memakan makanan bersifat panas. Sebaliknya makanan bersifat sejuk, suhu badan akan turun sedikit.
Faktor yang penting dalam sistem diet ialah makanan itu perlu mengandungi kepanasan yang secukupnya untuk menyempurnakan penghadaman. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa sebab utama penyakit ialah makan terlalu banyak dan berulang-ulang. Ini bererti makanan yang baru dimakan belum sempat dihadamkan sepenuhnya kerana kekurangan panas untuk membantu metabolisme.
Ini jelas apabila kita melihat kepada nilai metabolik kebanyakan makanan, dengan berpandukan kepada senarai ini dapatlah kita memilih makanan yang memberi kesihatan kepada kita.
Jenis-jenis Makanan yang Panas
Daging : anak bibri-biri, ayam, hati, telor, kambing jantan, burung.
Bahan-bahan tenusu: susu kambing, keju, krim, minyak sapi.
Sayur-sayuran : ubi bit, lobak merah, lobak putih, bawang putih, biji sawi, lada merah, lada hijau, biji lobak merah, selasih, tomato, bayam, kentang, kubis bunga hijau, pokok selasih,
Buah-buahan: buah peach, buah plum, oren, limau, mulberi, kismis, zaitun, anggur, epal, nenas, buah delima, kurma, mangga, durian dan semua buah-buahan kering.
Padi-padian: beras halus, beras basmati.
Biji-bijian dan kacang: bijian, badam, walnut, biji buah aprikot, biji buah nenas batu, kacang buah pinggang, kacang kuda, kacang hitam, halba.
Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak biji sawi.
Minuman: teh hitam, kopi.
Herba: kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, halia, biji saderi, kunyit, rempah ratus, jintan putih, jintan manis.
Lain-lain: manisan, gula-gula, garam, semua ubat moden.
Jenis-jenis Makanan yang Sejuk
Daging: ikan, arnab, kambing betina, lembu.
Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, mejerin, dadih,
Sayur-sayuran: daun salad, daun saderi, pucuk, bayam, kubis, kacang soya, lobak, timun, kacang buncis, serai, kubis bunga, asparagus, labu, cendawan, terung, pudina, peria katak,
Buah-buahan: kelapa, tembikai, aprikot, pisang, epal, nenas,
Padi-padian: beras perang, beras biasa.
Minyak: kelapa, minyak bunga matahari
Minuman: teh hijau, air kelapa.
Herba: ketumbar, jintan, inai, barli.
lain-lain: cuka, benda pahit dan masam.
Secara umum untuk menentukan sesuatu bahan itu sama ada ianya mizaj (tabiat) panas ataupun sejuk boleh dinilai melalui rasa, ia terbahagi kepada tiga:
- Panas – Setiap sesuatu bahan jika terdapat rasa pahit, pedas dan masin maka ia diketegorikan bahan yang bersifat panas.
- Sederhana – Setiap sesuatu bahan jika terdapat rasa manis, lemak dan tawar maka ia diketegorikan bahan yang bersifat sederhana.
- Sejuk – Setiap sesuatu bahan jika terdapat rasa pedar (pahit dan pedas), masam dan kelat (hampir-hampir pahit) maka ia diketegorikan bahan yang bersifat sejuk.
Rujukan:
– Konsep kesihatan melalui pemakanan
– Kitab Ilmu Perubatan Kesufian