Pengelasan Makanan Menurut Ahli Sains Islam

Pengelasan makanan menurut ahli sains Islam banyak dipengaruhi oleh asal-usul sesuatu kejadian. Menurut Ikhwan al-Safa, berdasarkan kepada rantai makanan iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia, didapati tumbuh-tumbuhan hidup terlebih dahulu (taqaddama) dan ia mendapat zat daripada bumi yang terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan udara. Unsur-unsur ini akan diperoleh oleh haiwan dan akhirnya oleh manusia.

4 Jenis Unsur

Berdasarkan kepada empat unsur tersebut, ahli sains Islam telah membahagikan makanan mengikut tabiinya seperti makanan sejuk dan makanan panas. Terdapat empat peringkat pembahagian makanan sejuk. Begitu juga bagi makanan panas. Ini dikaitkan dengan Dam- darah (panas dan lembap) untuk peringkat pertama, Balgham- lendir (phlegm – dingin dan lembap) untuk peringkat kedua, Safra’- hempedu kuning (panas dan kering) untuk peringkat ketiga dan Sauda’- hempedu hitam (dingin dan kering) untuk peringkat keempat.

humor - cecair badan

Makanan itu dikatakan panas atau sejuk bukan bermakna ia panas pada rasa tetapi ia merujuk kepada nilai kalori yang terdapat dalam makanan itu. Lebih tepat lagi, makanan panas ini membentuk kesan net di dalam badan iaitu merangsang metabolisme berlaku. Bagi makanan yang sejuk pula, ia memberikan kesan net yang menurunkan metabolisme.

Untuk lebih jelas lagi, bahan yang panas pada peringkat kedua akan meningkatkan metabolisme manakala bahan yang sejuk pada peringkat kedua akan menurunkan metabolisme. Sekiranya darjah kepanasan yang keterlaluan berlaku pada keempat-empat peringkat, ia akan merosakkan sistem metabolisme tubuh. Manakala jika darjah kesejukan yang keterlaluan berlaku, ia boleh menyebabkan seseorang itu mati. Contoh bagi prinsip ini ialah seseorang yang makan kari (panas), biasanya dia akan minum dengan agak banyak. Tetapi ini tidak akan dapat mengatasi kepanasan kerana air dalam sistem ini adalah neutral. Untuk itu ia memerlukan sedikit hidangan timun atau dadih iaitu dua jenis makanan yang mempunyai kesan sejuk yang agak tinggi.

Menurut al-Suyuti, keseimbangan sangat perlu semasa pengambilan sesuatu makanan. Sebagai contohnya, makanan yang panas perlu diimbangi dengan makanan yang sejuk, makanan yang manis perlu diimbangi dengan makanan yang masam dan makanan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah (astringent) perlu diimbangi dengan makanan yang berlemak. Kajian juga mendapati makanan yang terlalu masam boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih cepat tua.

Rujukan:
Konsep kesihatan melalui pemakanan

Banner 7

rawatan bekam









Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *