Pengsan merupakan episod jangkamasa pendek ketidaksedaran akibat daripada penurunan tekanan darah secara mendadak. Dalam kata lain, ia berpunca daripada kurangnya bekalan darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien menuju ke bahagian otak.
Secara fakta, pembuluh-pembuluh darah sentiasa secara berterusan mengubahsuai saiz lubang/kelebaran bagi memastikan tekanan darah yang sesuai berterusan. Sebagai contoh, apabila kita bangun samada daripada baring atau duduk, pembuluh-pembuluh darah akan mengecut untuk menyesuaikan diri dengan kesan graviti.
Tekanan darah rendah sementara boleh disebabkan oleh:
1. Kepanasan melampau.
2. Kesakitan.
3. Tekanan emosi melampau(terlalu takut berbekam).
4. Takut melihat darah atau jarum.
5. Kepenatan atau kelaparan.
Adapun tanda- tanda awal pengsan atau pengsan adalah seperti berikut:
1. Pening.
2. Muka pucat.
3. Berpeluh.
4. Cemas/gundah gulana.
5. Rasa mahu muntah.
6. Rebah.
7. Hilang kesedaran sementara.
Bantuan Kecemasan:
1. Bantu mangsa baring.
2. Pastikan mangsa ada nadi dan bernafas.
3. Angkat kedua belah kaki lebih tinggi daripada kepala( kesan graviti akan membantu aliran darah kembali mengalir ke bahagian otak).
4. Longgarkan pakaian jika ketat.
5. Sapu muka dengan air atau kipaskan.
6. Biasanya mangsa akan sedar dalam tempoh kurang seminit kalau pengsan (syncope).
Kalau mangsa tidak sedar juga dalam masa beberapa minit, sila telefon ambulans dan lakukan langkah2 bantuan kecemasan yang bersesuaian.