Penyakit Kanser dan Tanda-tandanya

penyakit kanser

Kanser merujuk kepada sel yg tumbuh secara abnormal dan diluar kawalan dan ia juga mampu merosakkan serta memusnahkan sel-sel disekelilingnya.

Sesuatu sel itu boleh menjadi sel kanser apabila ada satu sel mula rosak, tetapi tetap membahagi hingga mewujudkan keadaan mutasi pada DNA sel tersebut.

Secara normal, sel kita memang membahagi dengan cara replikasi DNA di mana DNA disalin semula dalam susunan yang sama. Apabila sel rosak, DNA tidak dapat lagi disalin dalam urutan yang sama, tetapi telah berbeza susunannya. Perbezaan ini di panggil sel mutasi.

Secara amnya, kanser boleh berlaku akibat kerosakan genetik (mutasi DNA tadi), jangkitan, faktor persekitaran seperti pencemaran, pemakanan tak sihat, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum alkohol. Semua ini boleh menyebabkan kerosakan DNA dan membawa kepada kanser.

Dua jenis ketumbuhan (tumor)

  • Benign (bukan kanser) – sel tumor membesar tetapi tidak merebak. Namun begitu ia tetap berbahaya lebih-lebih lagi jika tumbuh di kawasan otak.
  • Malignan (kanser)- sel ini berupaya untuk merebak dan memusnahkan sel dan tisu lain. Ada banyak jenis malignan yang berbeza, bergantung kepada di kawasan mana ia bermula.

Punca kanser

Gen tertentu mengawal kitar hidup sel – sel membesar, membahagi, berfungsi dan mati. Apabila gen ini rosak, keseimbangan antara pertumbuhan sel yang normal dan tak normal kini hilang. Sel kanser adalah disebabkan oleh kerosakan DNA serta pertumbuhannya yang diluar kawalan.

Sel dan DNA boleh rosak disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Mutasi DNA

2. Persekitaran – sinar UV, pencemaran udara, air, tanah disebabkan oleh bahan-bahan kimia karsinogenik

3. Mikrob – contohnya bakteria H.pylori yang menyebabkan kanser perut dan gastrik, jangkitan kuman dan virus seperti HPV, hepatitis B dan C dan sebagainya.

4. Cara hidup dan pemakanan- pemakanan tak seimbang dan tak sihat (poor diet), tak aktif, obesiti, kerap minum alkohol, kerap merokok, serta pendedahan berterusan kepada bahan kimia dan toksin.

5. Rawatan kanser – rawatan kanser itu sendiri kadangkala boleh menyebabkan kanser sekunder berlaku. Antara rawatan yang sering di lakukan untuk menjegah kuman kanser daripada merebak ialah kemoterapi, radiasi, terapi dengan ubat atau ubat immunosuppressive; juga boleh menyebabkan sel yang sihat di rosakkan.

Simptom dan tanda kanser

Ada lebih daripada 100 jenis kanser dan setiap kanser ini pula unik. Simptom dan tanda kanser berbeza mengikut saiz dan lokasi.

Namun begitu, simptom dan tanda kanser yang biasa berlaku terhadap pesakit kanser sebelum didiagnosis mempunyai kanser ialah:

1. Demam berpanjangan atau kerap demam
2. merasa sakit di bahagian tertentu
3. lemah dan lesu
4. perubahan pada kulit (kemerahan, luka tak sembuh, kekuningan atau jaundis, kulit jadi gelap)
5. penurunan berat badan atau kenaikan berat badan tanpa sebab
6. ada benjolan (lumps) atau tumor (ketumbuhan)
7. susah nak menelan
8. perubahan sewaktu membuang air besar atau kecil
9. batuk atau sakit tekak berpanjangan
10. susah nak bernafas
11. sakit dada
12. ada pendarahan atau discaj

6 Jenis kanser

Kanser boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan kita. Secara kasarnya, kanser boleh dikelaskan sama ada solid (contoh payudara, peparu, prostat), atau liquid (contohnya kanser darah).

1. Karsinoma (carcinoma)

Karsinoma ialah kanser yang berlaku dalam sel epitelial dalam badan kita. Ia paling banyak berlaku hingga 90% daripada semua jenis kanser. Contohnya ialah kanser payudara, kanser peparu, kanser kolon, kanser kulit, kanser prostat adalah karsinoma.

2. Kanser sarkoma

Sarkoma berlaku pada tisu penghubung seperti tulang, rawan, lemak, salur darah dan otot. Kanser jenis ini termasuk juga kanser tulang osteosarcoma, Ewing sarcoma, Kaposi sarcoma, dan sebagainya.

3. Kanser myeloma

Myeloma adalah kanser yang berlaku pada sel plasma dalam sumsum tulang. kanser jenis ini termasuklah multiple myeloma atau penyakit Kahler.

4. Leukemia

Leukemia adalah sekumpulan sel kanser darah dalam sumsum tulang. Ia menyebabkan sejumlah besar sel darah tak normal memasuki salur darah.

5. Kanser lymphoma

Lymphoma adalah kansel sel sistem imun. Ini termasuk Hodgkin lymphoma, dan non-hodgkin lymphoma. Non-hodgkin lymphoma adalah kanser sel darah putih.

6. Kanser campuran

Biasanya berlaku hasil dari campuran beberapa tisu.

Carta top 5 kanser!

Di Malaysia ni, kanser berada dalam anak tangga kedua punca kematian selepas penyakit jantung. Pun begitu, antara banyak-banyak kanser, yang paling banyak berlaku ialah:

Bagi lelaki

kanser kolorektum
kanser peparu
kanser nasofarinks
kanser limfoma
kanser prostat

Bagi wanita

kanser payudara
kanser kolorektum
kanser serviks
kanser ovari
kanser peparu

Bagaimana nak mengesan kanser

Doktor akan melakukan pemeriksaan dan diagnosis untuk mengesan kanser dalam badan kita. Antara ujian dan prosedur yang akan di lakukan untuk mendiagnos kanser ialah:

1. Mammogram
2. Pap test
3. Tumor marker test
4. Scan tulang
5. MRI
6. Biopsi tisu
7. PET-CT scan

Kanser tidak terjadi dalam sekelip mata. Ia mungkin sudah wujud bertahun-tahun dalam badan kita tanpa menunjukkan sebarang simptom. Lazimnya, apabila seseorang pesakit dah tunjukkan simptom, selalunya kanser sudah berada dalam stage-3 atau stage-4.

Oleh itu, jika kita mengesan tanda-tanda luar biasa pada ahli keluarga atau mungkin diri-sendiri, segeralah ke hospital. Makin kita menangguh, makin cepat kanser merebak.

Dan jika ada ahli keluarga kita yang telah disahkan mempunyai kanser, ambillah iktibar. Bermula hari ini, jaga kesihatan kita secara total.

Amalkan cara hidup sihat, kekalkan berat badan sihat, jaga pemakanan, hidup positif dan kawal stress, serta amalkan suplemen untuk mencukupkan nutrisi yang lompong dalam pemakanan kita.

Ingat, kanser adalah REAL! Bukan main-main.

Cegah sebelum parah, cegah sebelum terlambat.

Herba alami yang mampu melawan sel kanser:

  • Biji Aprikot
  • Keladi Tikus
  • Durian Belanda
  • Kunyit
  • Kunyit Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *