Ramai dikalangan mereka yang baru mengenali luban pada mulanya menyangka luban itu adalah gum arab.
Mungkin disebabkan nama luban dalam bahasa melayu dikenali sebagai kemenyan arab hampir sama dengan panggilan gum arab.
Sebenarnya luban dan gam arab adalah dua makanan herba yang berbeza walaupun bentuk material kedua-duanya hampir sama.
Luban dan gum arab mempunyai perbezaan asas dari segi khasiat, warna material dan bau.
Jom kenali secara ringkas info berkaitan kedua2 herba tersebut.
Pengenalan Ringkas Arabic Gum
1. Arabic gum terkenal sebagai makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber) yang dikenali dengan gam arab.
2. Gum arab dihasilkan daripada getah pohon Acacia yang mengeras menjadi damar yang berbentuk seperti Kristal diambil daripada batang, dahan dan ranting pohon ini.
3. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan.
4. Gam arab berwarna jernih keperangan, rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.
5. Khasiat terkenal gum arab untuk memelihara sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon) dan memberi bekal serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan supaya sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif.
Pengenalan Ringkas Luban
Luban mempunyai banyak spesies mengikut tempat luban diambil dan warna juga berdasarkan spesies atau jenis luban tertentu.
1. Luban mempunyai khasiat yang terkenal untuk meningkatkan fungsi minda, menguatkan ingatan dan juga menjana saraf dengan baik.
2. Luban terkenal sebagai penawar terapi saraf lidah bagi anak2 yang ada masalah lambat bertutur, pelat dan gagap.
3. LUBAN merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang ditoreh untuk mendapatkannya.
4. Pokok Luban banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Nepal, Sri Langka dan sebagainya.
5. Getah resin LUBAN mempunyai pelbagai warna berdasarkan jenis pokok dan tempat.
Biasanya LUBAN dari India dan Sri Langka dikenali sebagai frankincess Serata berwarna coklat, kekuningan atau keemas-emasan dan rasanya kurang pahit berbanding dengan LUBAN jenis green houjary gred terbaik berwarna cerah kehijauan dari Oman.
6. Bau Luban agak kuat seperti herbal dan rasanya sedikit pahit.
Tapi yang penting ingat luban mesti ingat khasiat hebatnya untuk MINDA dan SARAF.