Syarat Untuk Berbekam
- Digalakkan tidak makan sekurangnya 1 Jam sebelum berbekam sebaiknya 3 Jam.
- Sebaiknya makan 1 jam selepas berbekam.
- Minum madu selepas berbekam atau makan buah kurma.
- Elakkan melakukan aktiviti berat selepas berbekam, badan perlu rehat dalam proses pemulihan.
- Anda tidak menghidap masalah kesihatan serius seperti sakit jantung, mengambil ubat pencair darah, kerana darah terlalu cair boleh mengakibatkan banyak darah keluar.
Kaedah Bekam
- Kaedah rawatan akan dilakukan di titik-titik penting di kawasan organ utama badan dan juga titik sunnah.
- Melalui proses ini sel darah merah yang mati dan toksid serta angin dapat di keluarkan dari dalam badan.
- Selepas berbekam darah kotor akan keluar agak bertali & tempat dibekam akan kelihatan berwana kehitaman.
Hari Yang Digalakkan Berbekam
- Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah Isnin, Selasa dan Khamis. Sementara hari yang kurang digalakkan untuk berbekam ialah pada hari Rabu dan malam Rabu. (boleh saja bekam jika keadaan darurat)
- Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan (hijri) pada bulan Islam. Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar dalam kuantiti yang lebih banyak.
Kekerapan Berbekam
- Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam setiap 4 bulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah.
- Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam sebulan sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam 4 bulan sekali sebagaimana orang sihat.
Larangan Bekam
Gangguan kesihatan atau kondisi yang tak digalakkan berbekam darah: Hypertensive crisis (180/120 mmHg), diabetic ketoacidosis, high fever > 38°C, saturasi oksigen di bwh 95%, anemia- hb bwh 10mg/dL, hemophilia, ambil ubat pencair darah, h/o extreme body reaction to foreign body. Ia boleh relative atau absolute contraindication.
mohd fadzil bin amri (verified owner) –
Puas hati dgn khidmat yg diberikan