Peralatan Asas bagi Tukang Bekam
Sebagai tukang bekam, memiliki peralatan yang lengkap dan berkualiti adalah kunci untuk memastikan proses bekam berjalan dengan lancar dan berkesan. Bekam merupakan salah satu terapi tradisional yang semakin popular, dan pemahaman tentang peralatan yang digunakan sangat penting. Berikut adalah penjelasan terperinci mengenai peralatan yang diperlukan dalam sesi bekam, berserta fungsinya.
Dengan 10 Kelengkapan Ini Anda Sudah Boleh Bekam :
- Set Bekam –
- (Semua saiz ada berserta pam bekam)
- Cup Pakai Buang (Pam Bekam Perlu Dibeli Berasingan)
- Pen Bekam Lencet -(Untuk Beginner)
- Jarum Bekam Lencet – Saiz 23G atau 21G
- Cecair Disinfeksi:
- Minyak Zaitun (Disinfeksi dan Ubat Luka)
- Alcohol swab/Iodin/Hydrogen Peroxide
- Tisu Bersih atau Kain Gauze -(Lap Darah)
- Tisu Basah
- Face Mask
- Sarung Tangan Pakai Buang
- Dettol/Clorox/Aniosme DD1 -(Bersihkan cup)
- Sharp Bin – (Buang jarum bekam)
CUP BEKAM
Terdapat pelbagai jenis Cup Bekam pada masa ini. Jika dahulu rawatan bekam menggunakan cup bekam seperti tanduk kerbau, cawan kaca dan buluh. Sekarang terdapat cup bekam moden yang senang dicuci. Antara set set bekam yang selalu digunakan adalah:
- Set Bekam Hansol/Sammora (Sedap guna, tahan panas, tapi mudah crack bila rendam DD1, warna jadi putih bila rendam lama dalam dettol )
- Set Bekam Kangzhu (Tahan panas, senang cuci dan tahan lama rendam bahan kimia)
- Set Bekam Jingkang
- Set Bekam ABC (Ekonomi)
- Set Bekam Al Hijama
- Set Bekam Kaca ( Bekam Angin )
Setiap Set bekam dilengkapi dengan Pam Bekam. Anda juga boleh membeli cup cup tanpa set ( Loose Cup).
KOP PAKAI BUANG
Kop Pakai Buang DONGBANG
Jika anda ingin mengurangkan risiko berlakunya jangkitan kuman semasa melakukan rawatan bekam anda boleh menggunakan kop bekam pakai buang. Anda juga boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk melakukan proses sterilisasi kop bekam yang dikongsi.
PEN BEKAM
Jika dahulu amalan perubatan bekam menggunakan pisau, Kaedah Bekam Moden pula banyak menggunakan Pen Lancet (Lancing Device) untuk membuat luka bekam. Alat ini adalah seperti pen yang di boleh dimuat kan mata jarum pada muncung hadapan. Jarum hanya digunakan sekali sahaja untuk seorang pesakit. Terdapat beberapa jenis Pen Lancet yang selalu digunakan oleh jurubekam pada hari ini.
- PEN BEKAM RB GOLD (Pilihan Ramai – Tahan Lasak)
- PEN BEKAM SAMMORA (Pilihan Ramai – Tahan Lasak)
- PEN BEKAM G3 Stainless Steel
- PEN BEKAM ABI ( Alfina) (Pilihan Ramai -Tetapi Senang rosak)
- PEN BEKAM 3 Mata
- PEN BEKAM RB Star PVC
PISAU SAYATAN
Kaedah asal rawatan bekam adalah menggunakan pisau sayatan. Terdapat banyak 2 Jenis pisau yang selalunya digunakan oleh jurubekam sekarang.
- Pisau Cukur (Shaving Blade). Pisau cukur yang selalu digunakan adalah pisau Gillete kerana ketajamannya. Pisau ini perlu disimpan dalam ruang kedap udara dan disteril terlebih dahulu sebelum digunakan.
- Pisau Bedah ( Surgical Blade).Terdapat banyak jenis pisau bedah yang boleh digunakan antaranya adalah Pisau Feather, Conix dan B braun. Jurubekam perlu mahir mengendalikan pisau ini kerana ketajamannya sangat luar biasa.
JARUM LANCET
Jarum lancet biasanya digunakan bersama pen lancet. Terdapat banyak jenis saiz jarum lancet. Kebanyakkan jurubekam akan menggunakan 3 saiz jarum iaitu 21G (Besar), 23G (Sederhana) dan 26G (Kecil). Jarum 21 G sesuai untuk kawasan seperti badan. Jarum 23G dan 26G sesuai untuk kawasan seperti muka.
PEMBERSIH KUMAN – ANTISEPTIK
Pembersih Kuman adalah sangat penting dalam rawatan bekam. Jika dahulu perkara ini kurang dititik beratkan. Namun Sekarang kesemua pengamal rawatan bekam wajib untuk menggunakan pembersih kuman untuk memastikan tiada infeksi kuman semasa proses berbekam.
Antara 2 permbersih kuman yang biasa digunakan adalah :
- Alcohol Swab/ Cecair Alcohol Kebiasaannya digunakan sebelum proses mencucuk atau melakukan sayatan agar kawasan yang hendak dibekam bebas dari kuman. Jika digunakan selepas sayatan, pesakit akan merasa sedikit pedih. Ianya juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
- Iodin Kebiasaannya digunakan sebelum dan selepas proses mencucuk atau melakukan sayatan.
MESIN UV STERILIZER
Mesin UV sterelizer di gunakan untuk proses steril alatan bekam agar tiada kuman tertinggal selepas membersihkan peralatan bekam. Mesin ini adalah satu kemestian untuk pengamal pengamal rawatan bekam moden.
CECAIR PENCUCI ALATAN
Cecair pencuci alatan adalah sangat penting bagi jurubekam. setiap cup yang digunakan harus dipastikan kebersihannya. risiko jangkitan kuman adalah sangat tinggi apabila berkongsi cup bekam. oleh yang demikian cecair pencuci yang perlu digunakan perlu betul betul berkesan.
Antara cecair pencuci yang boleh digunakan adalah:
- Aniosysme DD1
- Mikrozid
- Gigasept
- Dettol
- Germisep (Tablet Larut)
KAIN KASA/GAUZE
Pilihan yang lebih baik untuk menyapu darah yang keluar dibawah kop bekam Kain kasa adalah lebih bersih kerana ianya telah disteril.
TISU MUKA
Tisu muka digunakan untuk menyapu dan membuang darah yang berada didalam cup bekam. Tisu muka digunakan kerana ianya lebih lembut berbanding tisu lain.
TISU BASAH
Tisu basah biasanya digunakan selepas proses membuang darah bekam bagi mencuci kawasan titik titik bekam yang masih mempunyai sisa darah. Sebaiknya kita menggunakan tisu basah yang mempunyai kandungan antiseptik.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah minyak yang terbaik yang boleh digunakan sebagai antiseptik dan menyembuhkan luka.
HAND SANITIZER
Pembersih kuman adalah perkara yang penting didalam sesebuah hospital. Sebelum dan selepas melakukan rawatan perawat mestilah membersihkan tangan dahulu dengan menggunakan hand sanitizer. Ini untuk memastikan tiada kuman pada kita berjangkit pada pesakit dan tiada kuman pesakit berjangkit pada jurubekam.
PERSONAL PROTECTION EQUIPMENT
Pakaian klinikal adalah disarankan dan sesetengahnya diwajibkan semasa melakukan rawatan bekam. Antaranya adalah :
- Sarung Tangan Getah
- Topeng Muka / Pelindung Muka
- Jubah makmal
- Apron Pakai Buang
KATIL BEKAM
Katil bekam merupakan satu peralatan yang sangat penting bagi mereka yang mempunyai pusat bekam. Ianya memberikan keselesaan kepada pesakit dan juga jurubekam yang melakukan rawatan.
KATIL BEKAM (MOBILE)
Kati Bekam Mudah alih adalah katil yang sangat sesuai bagi anda yang membuat rawatan bekam secara mobile. Katil ini boleh dilipat dan senang dibawa kemana mana. Katil ini mampu menampung berat yang tinggi dan tahan lasak.
KERUSI BEKAM
Kerusi bekam ini boleh digunakan jika anda tidak mempunyai katil. Walaubagaimanapun ianya terhad untuk rawatan bekam kawasan belakang badan dan kaki. Jika anda melalukan rawatan bekam secara mobile pada tempat yang terhad, kerusi ini sesuai untuk digunakan.
TROLI SPA
Troli spa memudahkan kita untuk menyusun peralatan bekam yang digunakan semasa rawatan bekam. Ianya memudahkan kerja dan senang untuk dialihkan kemana sahaja.
KIDNEY TRAY
Tray kecil ini adalah khusus untuk meletakkan pen lancet dan pisau sayatan semasa melakukan rawatan bekam. Ini adalah untuk memastikan alatan bekam tersebut bersih dan tidak diletakkan merata rata.
FORCEPS
Peralatan ini digunakan untuk memegang kapas yang digunakan untuk menyapu minyak zaitun, iodine atau alkohol.
SCALPER HANDLE
Peralatan ini digunakan bersama dengan pisau sayatan. Ianya adalah untuk memudahkan lagi proses sayatan pada kulit.
TONG SAMPAH
Terdapat 3 jenis tong sampah yang biasanya digunakan dipusat rawatan bekam iaitu :
- Tong sharp bin – sisa klinikal tajam
- Tong sampah berplastik hitam – sisa domestik
- Tong sampah berplastik kuning – sisa klinikal