Stress Beri Kesan Buruk Terhadap Kesihatan

Setiap hari, setiap dari kita berhadapan dengan stress. traffic jam, beban kerja, kewangan, hubungan rumahtangga, jiran dll adalah contoh-contoh stress.

Stress terbahagi kepada 2 iaitu stress jangka pendek (akut) atau jangka panjang (kronik). Jika anda sedang memandu kereta dan tiba-tiba sebuah kereta mengekori dari belakang dengan begitu rapat anda boleh menjadi stress! ini adalah stress yang penting dan tindakan anda-samada anda memberi laluan kepada kenderaan di belakang itu atau anda memecut kereta dengan lebih laju (‘fight’ or ‘flight’ response) boleh menyelamatkan nyawa anda sebenarnya!

Stress jangka pendek sebenarnya penting untuk survival manusia. Bagaimanapun jika stress ini berlarutan seperti dalam contoh-contoh yang awal di atas, ianya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik.

Kajian menunjukkan, stress dalam jangka panjang boleh merosakkan tisu badan dan ketidaknormalan organ. Para saintis telah membuktikan, dengan menggunakan imbasan MRI (magnetic resonance imaging), stress yang kronik boleh mengecutkan suatu kawasan otak yang dipanggil hipotalamus. Penyelidik-penyelidik mendapati askar-askar yang pernah terlibat dalam peperangan dan wanita-wanita yang pernah menjadi mangsa pencabulan seks mempunyai saiz hipotalamus yang begitu mengecil.

Stress juga mengakibatkan pembebasan bahan kimia pengutus (neurotransmitters) dari otak seperti dopamine, adrenaline, noradrenaline dan cortisol. Bahan-bahan ini menyebabkan peningkatan denyutan jantung, tekanan darah dan pernafasan menjadi lebih cepat. Bibir dan tekak menjadi kering, kulit jadi sejuk dan sistem penghadaman juga boleh terhenti.

Ini kerana otak mengarahkan secara automatik supaya darah dilencongkan untuk sampai ke organ-organ yang lebih penting seperti otak dan jantung. (cuba bayangkan apa yang terjadi jika anda berjalan dalam hutan dan terserempak dengan seekor harimau! begitulah ‘fight’ and ‘flight’ response)

Bayangkan jika setiap hari anda berhadapan dengan situasi begini. Organ seperti otak, jantung, salur darah, otak dsb menjadi samada terlampau aktif atau sebaliknya yang akan mencetuskan atau memburukkan penyakit jantung, stroke, gangguan tidur, disfungsi seks, masalah penghadaman, kegemukan, diabetis, kanser dan lain-lain.

Overview

Ilmiah
5 / 5
5
Kualiti
5 / 5
5
Fakta
5 / 5
5
5
SUPERB!

0 Reviews ( 0 out of 0 )

Write a Review

Banner 1







Banner 2

unifi

Banner lazada

Banner 3

Leave a Reply

Your email address will not be published.