Terapi Bekam Dapat Mengawal Diabetes Mellitus

Terapi Bekam Dapat Mengawal Diabetes Mellitus 1

Secara umumnya diabetes mellitus/DM adalah tentang gangguan metabolik di mana badan/organ pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel² tubuh tidak bertindak balas secara normal kepada insulin, menyebabkan paras gula/glukosa dalam darah meningkat melebihi paras normal.

DM sering ditandai dengan gejala² seperti terlalu haus, terlalu lapar, keletihan, penglihatan mata kabur, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, mudah emosi, kekerapan jangkitan pada kulit dsbnya. Untuk mendapatkan diagnosa yang tepat beberapa ujian darah perlu dilakukan. Ujian HbA1C umpamanya boleh menunjukkan kawalan paras gula darah dalam 2-3 bulan terakhir.

Bacaan hbA1C 6.5% dan keatas bersama ujian FBS, RBS dan OGTT yang menunjukkan gula darah tinggi melebihi paras normal boleh mengesahkan bahawa anda telah mengidap penyakit kencing manis. Jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf, kerosakan ginjal, kerosakan mata, masalah kulit dsbnya. Selain penggunaan ubatan, kawalan diet dan faktor² risiko, terapi bekam juga didakwa berupaya mengawal gula darah dengan lebih baik.

A.Akram et al 2021, melakukan kajian kesan terapi bekam basah keatas 60 orang wanita yang mengidap DM. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan dalam jumlah yang sama rata. Kumpulan 1 hanya melakukan senaman aerobik 3x seminggu selama 3 bulan. Kumpulan 2 melakukan senaman aerobik 3x seminggu dan terapi bekam sebulan sekali selama 3 bulan. Kedua² kumpulan ini masing² sedang menerima rawatan ubatan DM. Keputusan: hbA1C ketara menurun pada kumpulan 2 (bekam & senam aerobik) berbanding kumpulan 1 (senam aerobik sahaja).

H.S.Rahman et al 2020 mendapati terapi bekam/hijama keatas 100 orang yang mempunyai masalah hyperglycemia, penyakit diabetes dan hipertensi berupaya menurunkan tahap gula puasa/ FBC, tekanan darah dan parameter² darah lain dengan ketara selepas 3 hari.

Kajian² lain yang dilakukan keatas mereka yang sihat juga menunjukkan terapi bekam mampu menurunkan gula darah dengan signifikan. Kebanyakan pengkaji mencadangkan agar terapi bekam/hijama dijadikan sebagai rawatan komplimentari bersama ubatan selain kawalan diet dan senaman atau modifikasi gaya hidup.

Berbekam secara regular dengan kawalan diet dan senaman yang teratur di kalangan golongan sihat atau pra-diabetes boleh mengawal gula darah (termasuk parameter² darah lain) dengan lebih baik selain berupaya mengelak pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit diabetes mellitus.

Terapi bekam keatas pesakit DM yang mengambil ubatan setidaknya boleh membantu mengawal paras gula darah dengan lebih efektif berikutan kesan peningkatan index potensi farmakologikal/PPI dan peningkatan indeks pembersihan plasma/PI daripada CPS berkaitan (Salah et al 2020).

MA SABRI

Ref:

1. Effect of Cupping Therapy on Blood Glucose Level in Type 2 Diabetic Women

A Akram, Soha A Mohamad, M Mossa Maiada, Hany E Obaya. The Medical Journal of Cairo University 89 (December), 2769-2772, 2021

2. Effect of Cupping Therapy on Glycemic Control in Type II Diabetic Patients. A Azza, K Samar, M Helmy Mohsen, H Basant. The Medical Journal of Cairo University 86 (March), 63-67, 2018

3. Wet cupping therapy ameliorates pain in patients with hyperlipidemia, hypertension, and diabetes: A controlled clinical study. Heshu Sulaiman Rahman, Govand Ali Ahmad, Baram Mustapha, Hisham Arif Al-Rawi, Ridha Hassan Hussein, Kawa Amin, Hemn Hassan Othman, Rasedee Abdullah
International Journal of Surgery Open 26, 10-15, 2020

4. The Effect of Hijama (Cupping) on Oxidative Stress Indexes & various Blood Factors in Patients Suffering from Diabetes Type II
IN DER SCHWEIZ

5. Diet and exercise in the prevention and treatment of type 2 diabetes mellitus. Faidon Magkos, Mads F Hjorth, Arne Astrup. Nature Reviews Endocrinology 16 (10), 545-555, 2020

5/5 - (2 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *