Terapi Bekam Mampu Menurunkan Risiko Pembentukan Darah Beku

Terapi Bekam Mampu Menurunkan Risiko Pembentukan Darah Beku 1

Pembentukan darah beku selepas kecederaan pada pembuluh² darah adalah normal bagi menghalang tubuh kita daripada kehilangan lebih banyak darah . Namun jika darah beku dihasilkan di beberapa tempat lain dalam pembuluh darah dan ia tidak terlerai secara natural, ia boleh mendatangkan bahaya atau membawa maut. Sebenarnya tubuh kita mempunyai mekanisme semulajadi untuk “meleraikan” (dissolved) darah beku di dalam darah. Plasmin adalah sejenis enzim (proteolytic enzyme) yang bertanggungjawab dalam meleraikan darah beku dengan cara melemahkan protein² plasma terutamanya fibrin (fibrinolysis), seterusnya memastikan aliran darah sentiasa lancar.

Namun disebabkan oleh faktor² tertentu seperti baring terlalu lama selepas pembedahan, trauma (kecederaan serius), penyakit² tertentu (polycythemia, penyakit autoimun, kanser atau penyakit berkaitan radang kronik), obesiti, merokok, mengandung, mengambil ubat perancang, stress berpanjangan dsbnya, risiko pembentukan darah beku di dalam pembuluh darah boleh meningkat. Pembentukan darah beku yang tidak terkawal boleh menyebabkan halangan aliran darah kepada organ² tertentu seperti jantung (serangan jantung), otak (strok), paru-paru (pulmonary embolism) dsbnya.

Untuk menurunkan risiko pembentukan darah beku di dalam pembuluh darah, maka para doktor selalunya memberikan ubat pencair darah kepada golongan yang berisiko. Bersenam secara regular, menurunkan berat badan, berhenti merokok , menangani stress dengan bijak atau dalam bahasa mudahnya mengamalkan cara hidup sihat juga boleh mengurangkan risiko pembentukan darah beku di dalam tubuh.

Setakat ini tiada bukti atau kajian yang menunjukkan bahawa masalah darah beku dapat diatasi melalui terapi bekam. Malah dalam kondisi di mana terdapatnya darah beku di dalam pembuluh darah vena kaki atau feep veins thrombosis/DVT, terapi bekam adalah dilarang dilakukan/ kontraindikasi terutamanya pada area kaki yang terjejas (confirmed by doctor). Ini kerana dikhuatiri darah beku yang terhalang,/stuck itu boleh bergerak keatas (kesan terapi bekam) melalui bahagian kanan jantung dan “stuck” pada arteri paru² yang kemudiannya boleh menyebabkan “pulmonary embolism” iaitu satu kondisi kecemasan yang boleh mengancam nyawa.

Namun demikian saya percaya bahawa terapi bekam boleh menyumbang kepada menurunkan risiko pembentukan darah beku dalam badan melalui mekanisme² tertentu seperti melancarkan aliran darah, mengurangkan stress, meningkatkan kekuatan sistem imuniti, memperbaiki parameter² darah/biokimia, mengurangkan tekanan darah tinggi dsbnya.

Jika pesakit ada kecenderungan atau risiko untuk mengalami darah beku atas faktor penyakit/kondisi tertentu, doktor sudah pasti akan memberikan ubat pencair darah. Jika darah beku belum terbentuk di mana² area pembuluh darah tubuh, saya fikir jika ada indikasi jelas terapi bekam masih boleh dilakukan dengan syarat ubat pencair darah tidak dihentikan pengambilannya tanpa berunding dgn doktor terlebih dahulu.

Dalam hal bekam basah keatas pesakit yang mengambil ubat pencair darah, terdapat beberapa kaedah yang pernah dicadangkan oleh doktor² berkenaan (terlibat dengan rawatan bekam) untuk membolehkan bekam basah boleh dilakukan secara selamat seperti membuat ujian INR atau ujian tempoh pendarahan. Untuk pengamal perubatan tradisional dan komplementari, boleh buat satu tusukan superfisial di belakang tubuh sebelum tatacara bekam basah dan perhatikan tempoh pendarahan. Jika tempoh pendarahan melebihi 8 minit, secara umumnya ia menunjukkan bahawa darah adalah terlalu cair (mungkin kesan daripada pengambilan ubat pencair darah dsbnya) dan dalam kes ini bekam basah adalah kontraindikasi.

MA SABRI

Ref:

1. Effect of Cupping (Al-Hijima) on Hematological and Biochemical Parameters for some Volunteers in Missan Province. Abbas Ch Mraisel, Mustafa A Nama, A Ahmed. Indian Journal of Forensic Medicine & Toxicology 14 (3), 1520-1525, 2020

2. Effect of Blood Cupping (Al-hijama) on Total Cholesterol, High Density Lipoprotein cholesterol and Low Density Lipoprotein cholesterol levels
Safaa Ayoub Boshara Alsafi
Sudan University of Science & Technology, 2017

3. Effect of Wet Cupping Therapy (Al-Hijamah) on Some Blood Components: a Comparative Study
Adel AM Saeed, Wafa FS Badulla, Galal AK A Sheikh
Electronic Journal of University of Aden for Basic and Applied Sciences 2 (3), 124-130, 2021

4. Cupping therapy: an overview from a modern medicine perspective
Tamer S Aboushanab, Saud AlSanad
Journal of acupuncture and meridian studies 11 (3), 83-87, 2018

5. Blood clotting mechanism
Teri Junge
Surgical Technologist 38 (10), 12, 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *