PERHATIAN!! KHAS UNTUK PERAWAT BEKAM, TUKANG URUT DAN AHLI AKUPUNTUR YANG INGIN MENAMBAH KEMAHIRAN DALAM SENI RAWATAN…
Kursus al-Fasdu 1

Kenali Apa Itu al-Fasdu?

Perkataan fasdu berasal daripada bahasa Arab. Fasdu ialah maṣdar (Kata Nama Kerja) bagi kalimah faṣada  (فصد).  Secara literalnya menurut kamus Lisanul Arab, fasdu bererti “menebuk urat darah”.  Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, fasdu didefinisikan sebagai “buang darah”

Ibnu Sina mentakrifkan fasdu melalui kitabnya Al-Qanun Fit Tibb seperti berikut; “Fasdu ialah pengosongan umum (istifrāgh kulliyy) yang mengosongkan lebihan. Lebihan ialah pertambahan akhlāṭ (humor/cecair tubuh) yang melebihi [had] keseimbangannya dalam salur darah.” 

Kesimpulannya, al-fasdu ialah proses penebukan salur darah yang bertujuan membersihkan tubuh daripada “darah toksik”.  Apa itu darah toksik? Darah toksik ialah darah yang boleh menyebabkan penyakit atau boleh juga disebut sebagai “darah patogenik”

Apa yang akan dipelajari?

  • Pengenalan rawatan al-Fasdu.
  • Sejarah awal al-Fasdu.
  • Cara kerja al-Fasdu.
  • Manfaat al-Fasdu.
  • Tempat/point yang perlu al-Fasdu.
  • Perbezaan al-Fasdu & derma darah.
  • Golongan yang boleh menerima rawatan al-Fasdu.
  • Perkara yang harus diperhatikan.
  • SOP al-Fasdu.
  • Alatan al-Fasdu.
  • Langkah memulakan rawatan al-Fasdu.
  • Pasca rawatan al-Fasdu.

Senarai peralatan yang disediakan untuk peserta:

  • Pam tekanan darah manual.
  • Jarum size 18G x 10pcs.
  • Plaster Luka x 1.
  • Alcohol swab (100pcs) x 1 kotak.
  • Glove 2 pasang.
  • Facemask x 2 helai.
  • Plastik bag darah 2pcs.
  • Pelapik pakai buang x 1pcs.
  • Disposal plastik apron x 1.
  • (Nota, sijil, makan & minum disediakan)

Kelebihan menyertai kursus al-Fasdu

  • Dapat voucher bernilai RM25.
  • Automatik menjadi member Raja Bekam.
  • Ada group support (Whatsapp).

Siapa yang patut menyertai kursus al-Fasdu

  • Mereka yang mempunyai masalah gout dan seumpamanya.
  • Perawat yang ingin menambahkan ilmu koplimenteri.

Berapakah Yurannya?

Yuran : RM400 sahaja

join sekarang
5/5 - (1 vote)