Sebelum memulakan rawatan, anda perlu mempelajari dan memahami kriteria rawatan bagi mengenalpasti beberapa perkara seperti umur yang dibenarkan, indikasi, kontraindikasi, masa rawatan yang sesuai, langkah berjaga-jaga yang perlu diambil dan juga kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku. Perkara ini amat penting kerana ianya akan digunakan semasa langkah pertama anda untuk memulakan rawatan iaitu sesi rundingan.
Di sini anda boleh membuat penilaian risiko sebelum membuat perancangan rawatan ke atas pelanggan:
A. Peringkat Umur yang Dibenarkan
Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan bekam mestilah berumur antara 10 hingga 65 tahun. Bagi pelanggan yang berumur lebih daripada 65 tahun, berbekam boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Jika individu berumur 65 tahun keatas dan mempunyai masalah kesihatan, anda perlu mengambil/melihat bacaan seperti tekanan darah / bacaan gula / bacaan darah untuk melihat wujudnya kontraindikasi atau tidak. Jika bacaan stabil anda boleh melakukan bekam dengan jumlah cup yang terhad (1-7 point) pada point yang berkaitan sahaja.
Untuk kanak kanan yang berusia 10-17 tahun, bekam boleh dilakukan jika ada indikasi dan keperluan. Jika tidak anda masih boleh lakukan dengan jumlah cup yang terhad.
B. Indikasi
Indikasi rawatan adalah keadaan atau sebab yang memboleh melakukan rawatan. Bekam boleh dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot-kerangka, serta sebagai amalan penjagaan dan untuk meningkatkan tahap kesihatan secara umumnya.
Ia boleh digunakan untuk masalah-masalah kesihatan seperti berikut:
- Untuk mengurangkan kesakitan (kronik dan akut).
 - Keadaan inflamasi (sebagai contoh dalam rheumatoid arthritis – gout).
 - Untuk ketenangan mental dan fizikal.
 - Sebagai suatu cara urut tisu dalaman.
 - Untuk kesakitan ketika haid, masalah tidak datang haid dan kitaran haid yang tidak tetap.
 - Penyakit berkaitan sistem penghadaman seperti gastritis dan ketidakhadaman.
 - Penyakit paru-paru seperti batuk yang kronik dan asma.
 - Untuk merawat insomnia.
 - Dalam kes lumpuh.
 
Bolehkah penyakit-penyakit lain menjadi indikasi?
Jika kita lihat kebaikan berbekam, Terdapat banyak indikasi yang membolehkan kita berbekam. Terdapat beberapa penyakit yang dapat disembuhkan dengan menjadikan bekam sebagai salah satu ikhtiar. Bermaksud, selain dari berbekam, ikhtiar lain turut dilakukan seperti mengubah diet pemakanan, pengurusan stress dan gaya hidup yang lebih baik. Sebagai contoh penyakit metabolic disorder seperti kencing manis.
Walaubagaimanapun peranan bekam adalah lebih baik untuk mencegah daripada merawat. Ini adalah kerana tidak semua penyakit boleh dibekam. Terdapat banyak keadaan dimana bekam tidak dapat dilakukan kepada pesakit kerana boleh mendatangkan risiko lain. perkara ini saya senaraikan dalam bahagian kontraindikasi rawatan.
Untuk merawat pesakit anda perlu menganalisa risiko dan mahir dalam menetukan jumlah dan titik bekam yang sesuai.
Berikut adalah senarai penyakit yang mempunyai kesan positif apabila dibekam sepanjang menjadi Jurubekam:
- Darah tinggi.
 - Kencing manis.
 - Migrain dan vertigo.
 - Penyakit buah pinggang peringkat awal dan belum dialisis.
 - Gout.
 - Gastrik.
 - Masalah kulit dan jerawat.
 - Sakit Otot.
 - Rabun mata.
 
Bolehkan saya berbekam jika saya tiada indikasi atau dalam keadaan sihat?
Bekam sebenarnya adalah satu rawatan yang lebih kepada pencegahan. Sememangnya kita lebih menggalakkan orang berbekam ketika masih dalam keadaan sihat berbanding dalam keadaan berpenyakit. Rawatan bekam dan amalan berpuasa merupakan satu kombinasi terbaik dalam mencegah penyakit penyakit kronik.
Mencegah sememangnya lebih baik dari merawati. Jika anda dalam keadaan sihat tanpa penyakit. Jadikan bekam dan puasa satu amalan setiap bulan. Mengapa 1 bulan? kenapa tidak 3 bulan seperti sunnah Rasulullah. Jawapannya kerana diet dan gaya hidup kita tidak sebagus diet dan amalan Rasulullah.
C. Kontraindikasi
Dalam perubatan, kontraindikasi adalah keadaan yang berfungsi sebagai alasan untuk tidak mengambil rawatan perubatan tertentu kerana bahaya yang akan menyebabkan pesakit. Kontraindikasi adalah lawan kepada indikasi yang merupakan alasan untuk menggunakan rawatan tertentu. Walaubagaimanapun terdapat kategori kontraindikasi yang mana pelanggan masih boleh melakukan rawatan bekam.
Kontraindikasi Ringan (Berhati-Hati)
- Psoriasis Aktif.
 - Parut Keloid.
 - Kanak Kanak / Warga tua.
 - Terapi Anti Platlet.
 - Peripheral vascular disease (PVD).
 
Kontraindikasi Relatif
- Jangkitan Akut.
 - Penyakit Kronik (Sakit Jantung, cancer, stroke, diabetes, and arthritis).
 - Ibu Mengandung (3 Bulan Keatas).
 - Terapi Anti-Coagulant.
 - Haid.
 - Selepas Derma Darah atau Bekam.
 - Perubatan Kecemasan.
 - Pesakit mempunyai gangguan sihir.
 - Pesakit menjalani Dialisis.
 - Pesakit dengan tekanan darah yang tinggi.
 - Pesakit Darah Rendah.
 - Pesakit Mabuk Darah.
 
Kontraindikasi Mutlak
- Penyakit Cancer.
 - Kegagalan Organ.
 - Penggunaan Peacemaker.
 - Masalah pendarahan (Hemophilia).
 - Cellulitis/Erusipelas (Jangkitan Bakteria di kulit).
 - Lump (ketulan/benjolan) yang tidak diketahui punca (undiagnose/suspicious).
 - Ulser.
 - Thrombophlebitis (Blood Clot in vein near skin).
 - Deep vein Thrombosis.
 - Cauda Equina (Saraf tersepit bahagian tulang lumbar).
 - Strok yang tidak stabil.
 - Kawasan tulang patah.
 - Osteomyelitis atau septic arthritis.
 - Penyakit asma yang kronik.
 - Sedang Menjalani Chemotherapy.
 - Pesakit yang parah dan Tenat.
 - Bekam Selepas Makan.
 - Pesakit dengan bacaan platlet dan HB yang tidak normal.
 - Pada kawasan luka.
 - Bekam pada rongga / lubang badan
 - Penyakit berjangkit seperti HIV/Aids
 - Ibu mengandung bawah 3 bulan.
 
D. MASA – MASA UNTUK BERBEKAM
- Digalakkan untuk berbekam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.
 - Jangan lakukan pada hari-hari lain dalam satu minggu terutama sekali pada hari Ahad.
 - Adalah dilarang untuk berbekam pada hari Rabu pagi atau malam.
 - Hari-hari yang paling sesuai untuk berbekam adalah pada hari ke-17, 19 dan 21 setiap bulan (mengikut kalendar Islam).
 - Waktu terbaik untuk berbekam adalah pada awal waktu dhuha sebelum makan pagi.
 - Waktu badan tidak terlalu penat.
 
Walaupun terdapat waktu larangan pada hari hari tententu, tetapi ada sesetengah
pendapat tersebut tidak kuat. Kita hendaklah yakin bahawa tiada hari yang
mendatangkan sial.
E. KESAN SAMPINGAN DAN KOMPLIKASI (ADVERSE EVENT)
Adalah sangat penting untuk jurubekam mengetahui dan memberi penerangan mengenai kesan
sampingan dan komplikasi yang mungkin terjadi semasa rawatan bekam dijalankan. Ini akan
memberikan kesedaran (consent) kepada pelanggan jika perkara perkara tersebut berlaku yang
mana pelanggan boleh bersedia dari segi mental dan fizikal.

