Terapi Bekam Berpotensi Mencegah dan Mengawal Penyakit Kanser

Terapi Bekam Berpotensi Mencegah dan Mengawal Penyakit Kanser 1

Penyakit kanser adalah satu-satunya penyakit yang agak sukar untuk dikawal terutama jika ia telah memasuki tahap lewat. Tiada ubat khusus setakat ini untuk merawat penyakit genetik tersebut. Ubatan seperti kemoterapi hanya bertujuan untuk mengawal penyakit dengan cara membunuh sel² kanser yang tumbuh atau membesar dengan cepat. Masalahnya di sini, ubatan kemoterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang agak teruk seperti keletihan, rambut gugur, kurang selera makan, anemia, mudah mengalami pendarahan atau lebam, konstipasi dsbnya. Terapi radiasi atau radioterapi yang menggunakan dos radiasi tinggi juga mempunyai peranan dan kesan² sampingan yang hampir sama seperti kemoterapi. Pilihan rawatan lain adalah seperti pembedahan, immunotherapy, terapi hormon dsbnya. Bolehkah terapi bekam mengawal penyakit “rumit’ dan “ganas” ini dengan berkesan?

Setakat ini tiada kajian pernah dilakukan tentang kesan² terapi bekam keatas penyakit kanser. Kalau ada pun ia hanya sekadar menunjukkan kesan² bekam dalam mengurangkan tahap kesakitan yang berpunca daripada kanser selain meningkat kualiti hidup para pesakit kanser. Setakat ini tiada kajian khusus kesan² bekam keatas faktor genetik yang menyebabkan sel² kanser tumbuh dan membesar dengan cepat serta tidak terkawal. Namun demikian beberapa pengkaji optimis bahawa terapi bekam mungkin boleh mengawal penyakit ini melalui kesan² antiradang dan pengaturan sistem imuniti (immunomodulatory) yang boleh terhasil melalui mekanisme² tertentu (N. Abbasi et al 2021).

Para pengkaji menjelaskan bahawa kanser boleh bermula dan berkembang daripada kondisi radang yang kronik selain jangkitan kuman atau iritasi berterusan. Jika terapi bekam berupaya menghalang dan mengubah rangkaian dan isyarat cytokines tumor, ia boleh mendatangkan kesan² terapeutik secara sistemik atau spesifik. Mediator² radang seperti cytokines dan chemokines yang menggalakkan pembentukan radang termasuklah CRP/ inflammatory marker boleh disingkir keluar melalui terapi bekam. Terapi bekam melalui tekanan negatif dan skarifikasi juga mampu bertindak sebagai neuroendocrine- immunomodulator, merangsang permukaan kulit mengubah mikro persekitaran sehingga PH lebih bersifat alkali, meningkatkan secara lokal aliran darah, oksigen, produksi cytokines & neurotransmitter selain fungsi sel² imun pada tahap pengaktifan sel² mast.

Satu lagi potensi terapi bekam untuk kawalan lebih baik kepada kanser adalah melalui penyingkiran keluar Lactate untuk mengurangkan kepekatannya di dalam darah. Lactate sebagai by-product daripada glycolysis (penguraian gula)/ “Warburg effect” yang dianggap sebagai “fuel” kepada sel² kanser berupaya merangsang ekspresi vascular endothelial growth factor/VEGF sehingga pembuluh² darah baru terbentuk/ angiogenesis meningkatkan motaliti dan migrasi sel² kanser (M. L. Goodwin et al 2015). Sudah tentu kawalan terhadap pengambilan gula sangat kritikal dalam kes ini untuk mengurangkan tahap glycolysis yang akhirnya meningkatkan kepekatan Lactate itu sendiri. Berpuasa juga boleh menjadi antara faktor sokongan terbaik yang boleh membantu merangsang sel² tubuh yang kelaparan menelan sel² kanser/”autophagy” sehingga tahap proliferasi sel² kanser boleh dikurangkan (F.Antunes et al 2018)

MA SABRI

Ref:

1. Cupping Therapy as an Anti-inflammation Therapy and Immunomodulator in Cancer Patients
Nooshin Abbasi, Rezvan Najafi
Journal of Gastrointestinal Cancer, 1-3, 2021

2. Lactate and cancer: revisiting the Warburg effect in an era of lactate shuttling
Matthew L Goodwin, L Bruce Gladden, Maarten WN Nijsten, Kevin B Jones
Frontiers in nutrition 1, 27, 2015

3. Autophagy and intermittent fasting: the connection for cancer therapy?
Fernanda Antunes, Adolfo Garcia Erustes, Angélica Jardim Costa, Ana Carolina Nascimento, Claudia Bincoletto, Rodrigo Portes Ureshino, Gustavo José Silva Pereira, Soraya Soubhi Smaili
Clinics 73, 2018

5/5 - (2 votes)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

simkad tone wow

lazada affiliate

1 thoughts on “Terapi Bekam Berpotensi Mencegah dan Mengawal Penyakit Kanser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *