Herba Yang Berkesan Untuk Merawat Darah Tinggi

Nizam Herbalist

1. Daun durian belanda/soursoup leaf.

Paling berkesan menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia agen vasodilator (membesarkan salur darah) yang kuat. Jadi untuk pesakit jantung, pesakit kronik terlantar yang lemah, tekanan darah rendah & anemia perlu hati-hati kerana ia menurunkan denyut jantung. Jadi dos yang sesuai sangat penting. Kekerapan pengambilan perlu dikurangkan. Begitu juga dengan kombinasi herba penyeimbang dapat mengurangkan kesan sampingan ini. Badam, biji gandum, beras perang/parboiled rice & sup ayam kampung dapat mengurangkan kesan sampingan mengambil daun durian belanda.

https://www.stylecraze.com/articles/benefits-of-soursop-leaves-for-skin-hair-and-health/

2. Mahkota dewa.

Juga berkesan merawat darah tinggi. Dos : 1-2 hiris mahkota dewa yang telah dikering direndam dalam satu cawan air panas. Tambah madu Wescobee/Capilano. Minum.

3. Halba/Fenugreek.

Walaupun lembut tindakannya, halba agak berkesan kerana dose-dependant. Halba boleh diberi dalam dos yang tinggi seperti 25gm sehari untuk sebulan tanpa kesan sampingan. Halba dapat membersihkan dinding salur darah yang sempit akibat plaq kolesterol & lemak.

https://www.stylecraze.com/articles/3-wonderful-benefits-of-methi-seeds-for-hair/

4. Cuka epal, cuka kurma, cuka nipah atau cuka peraman.

Juga berkesan melarutkan plaq kolesterol & lemak pada dinding salur darah. Makan 2 sudu besar yang dibancuh air mineral dan madu Wescobee 3 kali seminggu.

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/diet/apple-cider-vinegar-nutrition-facts-health-benefits-risks-more/

5. Jintan hitam/Nigella sativa.

Jika diambil jangka masa panjang dapat menurunkan darah tinggi yang tegar sekalipun. Sebaiknya dicampur dengan halba, halia, kunyit, daun beluntas.

6. Daun beluntas.

7. Mengkudu besar (buah & daun).

8. Daun bidara & buah kurma merah/bidara.

Berkesan merawat darah tinggi serta migrain atau sakit kepala yang selalu dialami oleh pesakit darah tinggi. Tetapi tidak boleh diambil setiap hari kerana melemahkan badan. Seminggu ambil 2-3 kali. Seeloknya dicampur jintan hitam dan halba.

Nota :

Daun durian belanda, daun bidara, buah mahkota dewa, dan cuka epal tidak seharusnya dicampur sekali kerana kesan sampingan yg terlalu kuat. Jintan hitam dan halba adalah herba penyeimbang yang sesuai unttk semua herba diatas jika gabungan herba ingin dibuat. Ia akan meningkatkan kesan menurunkan tekanan drh tinggi dengan lembut tanpa kesan sampingan (lemah badan, hoyong/dizzy/pening).

Bagaimana herba bertindak menurunkan darah tinggi

1. Menggalakkan peredaran darah dengan mencairkan darah seperti halia, jintan hitam, halba, bidara, kurma merah. Halia mengandungi asid salicylic yang mencairkan darah.

2. Serat terlarut seperti halba, rumpai laut, oat & barli (beta glucan). Carrageenan dalam rumpai laut mengikat kolesterol dan lemak dalam darah untuk diangkut dan dimetabolismakan.

3. Menurunkan paras kolesterol jahat LDL serta meningkatkan kolesterol baik, HDL. Kebanyakan herba & makana wholefoods bersifat begini.

4. Melarutkan lemak dan enapan plaq pada dinding salur darah. Tindakan ini adalah gabungan enzim, vitamin B kompleks, vitamin E, asid organik, asid lemak perlu spt omega 3, dan faktor phytonutrien lain.

Herba ini juga dapat membersihkan darah serta menyingkirkan selaput lemak trans (HVO) & lemak tepu pada sekeliling sel darah merah. Kebanyakan herba, ulaman, wholefoods mempunyai ciri ini. Tapi herba yang paling kuat dapat melarutkan dan membersih darah adalah cuka epal (cuka peraman buah dsb), lemon, halba, minyak omega 3, minyak zaitun extra virgin (cold press), minyak kelapa dara (cold process @ peraman), susu masam @ yoghurt, kefir.

5. Kandungan anti-oksidan spt bioflavonoids & vitamin C dalam herba dan makanan wholefoods yang berwarna terang seperti kurma merah, goji, berry. Ia menjadikan dinding salur darah elastik @ anjal dan kuat yakni tidak rigid & fragile. Jadi sistem kardio-vaskular menjadi sihat dan kuat serta menstabilkan tekanan darah.

6. Membesarkan salur darah (mengandungi bahan aktif vasodilator) seperti daun durian belanda, bidara, jintan hitam, mahkota dewa, hempedu bumi, mengkudu dan sebagainya.

7. Menjadikan salur darah berada dlm keadaan ‘relax’ yang menurukan tekanan darah.

8. Meningkatkan kandungan nitric oxide yang semulajadi dalam darah. Ini dapat meningkatkan peredaran darah dalam salur halus kapilari dan salur darah lain.

9. Kandungan nutrien yang banyak dan pelbagai dalam makanan wholefoods dan herba termasuk semua asid amino perlu, asid lemak perlu, oleic acid, mct,  vitamin B kompleks, pelbagai mineral & unsur surih mineral, pelbagai anti-oksidan, karbohidrat kompleks, serat makanan dapat menstabilkan tekanan darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *