Mekanisma Bekam dalam Mengawal Darah Tinggi

Mekanisma Bekam dalam Mengawal Darah Tinggi 1

Hipertensi adalah penyakit sistem vaskular yang ditandai dengan bacaan tekanan darah 140/90 mmHg dan keatas secara konsisten ketika berehat. Pada peringkat awal, ia amat jarang menunjukkan sebarang gejala. Hanya 20% daripada pengidap hipertensi menunjukkan gejala seperti sering sakit kepala, sakit atau tegang bahagian tengkuk, pening dsbnya. Manakala 80% lagi pengidap hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala. Oleh sebab lebih ramai pengidapnya yg tidak menunjukkan sebarang gejala, maka hipertensi sering digelar sebagai “pembunuh senyap”.

Pada peringkat akhir di mana tekanan darah mencecah sehingga 180/120mmHg (“Hypertensive Crisis”), segelintir pesakit akan mula mengalami sakit dada, sesak nafas, hidung berdarah, mual atau.muntah, mata kabur, kaki atau tangan lemah, sawan, tidak sedar diri dsbnya. Pada peringkat ini doktor memberi nasihat agar pesakit SEGERA dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemantauan rapi utk mengelak komplikasi lebih teruk seperti strok, serangan jantung, kegagalan organ² dsbnya.

Selain rawatan hospital, bekam boleh menjadi antara rawatan alternatif pada peringkat seawal pra- hipertensi lagi. Dengan kawalan diet & stress, senaman regular, penurunan berat badan yg berlebihan dsbnya, bekam didapati berkesan menurunkan tekanan darah secara berperingkat. kajian (Randomize Control Trial) pernah dilakukan oleh Prof. Dr Abdul Aziz Al Safi pada 2011-2014 keatas 62 orang di mana mereka dibahagikan kepada 2 Kumpulan.

Kumpulan pertama (Intervensi) adalah mereka yang hanya menjalani terapi bekam sahaja, manakala kumpulan kedua (Kawalan) terdiri daripada mereka yang hanya memakan ubat darah tinggi sahaja. Beberapa siri bekam dengan kekerapan sebulan sekali telah dilakukan. Seawal bulan pertama lagi, Kumpulan intervensi (bekam) secara purata menunjukkan penurunan tekanan darah tinggi dengan ketara berbanding Kumpulan Kawalan yang hanya makan ubat sahaja.

Bagaimana mekanisme bekam dalam mengawal tekanan darah tinggi?

Pertama: Penyingkiran sejumlah cecair mengandungi lebihan sodium (salt-Induced Hypertension) melalui bekam darah membantu mengurangkan lebihan isipadu cecair di dalam tubuh sekaligus mengurangkan ketegangan berlebihan pada pembuluh darah yg menuju kepada ginjal punca peningkatan tekanan darah.

Kedua: Tusukan jarum atau sayatan pisau bekam kepada permukaan kulit merangsang otak utk melepaskan hormon endorphin kepada reseptor² opiod sehingga menimbulkan efek relaksasi sekaligus menurunkan tahap stres. Kesannya tekanan darah tinggi (Stress-Induced Hypertension) akan mula menurun.

Ketiga: Tekanan negatif yg dikenakan kepada permukaan kulit mengakibatkan pelepasan sejumlah Nitric Oxide(NO) daripada tisu endotelial pembuluh² darah menyebabkan pembuluh² darah mengembang(dilatasi) seterusnya memberi kesan kepada pengurangan tekanan darah tinggi. Pada mada yg sama pelepasan lebih banyak NO ini juga meningkatkan kesan relaksasi, menurunkan tahap stress sekaligus membantu penurunan tekanan darah.

Keempat: Pelepasan lebih banyak renin (angiotensin) oleh ginjal menyebabkan pengecutan pembuluh² darah seterusnya meningkatkan tekanan darah. Penyingkiran sejumlah protein angiotensin (hormon) melalui bekam darah juga berupaya mengurangkan pengecutan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah.

Kelima: Pengendapan lebihan lemak, kolesterol, kalsium & bahan² lain pada dinding pembuluh² darah menyebabkan pembuluh darah menjadi anjal & kurang mengeras (atherosclerosis). Penyingkiran sejumlah lemak, kolesterol kalsium & bahan² berkaitan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk menurunkan tekanan darah secara berperingkat.

Medic Sabri

Ref:

1. Hypertension causes premature aging of endothelial function in humans
S Taddei, A Virdis, P Mattei, L Ghiadoni, CB Fasolo… – …, 1997 – Am Heart Assoc

2. Small artery remodelling in hypertension: causes, consequences and therapeutic implications
MJ Mulvany – Medical & biological engineering & computing, 2008 – Springer

3. Angiotensin II causes hypertension and cardiac hypertrophy through its receptors in the kidney
SD Crowley, SB Gurley, MJ Herrera… – Proceedings of the …, 2006 – National Acad Sciences

4. Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in
Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine
El Sayed SM

5/5 - (2 votes)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

simkad tone wow

lazada affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *