Terapi Bekam

Terapi Bekam 1

Terapi bekam adalah satu kaedah rawatan tradisional & komplementari dengan melekatkan cawan² yang telah dinyahudarakan atau diberikan tekanan negatif di atas permukaan kulit atau titik² tertentu dengan tujuan untuk mengadakan kesan² terapeutik tertentu. Secara umumnya terdapat 2 jenis utama terapi bekam iaitu terapi bekam kering (kulit yang disedut tidak dilukai) dan terapi bekam basah (kulit yang disedut dilukai).

Dalam terapi bekam kering, cawan² dilekatkan pada poin² tertentu kulit untuk mengadakan kesan² terapeutik tertentu seperti meningkatkan sirkulasi atau perfusi darah setempat selain mengurangkan tahap kesakitan yang berpunca daripada kondisi² atau penyakit² tertentu melalui mekanisme² tertentu.

Ada banyak kajian saintifik yang membuktikan bahawa terapi bekam kering mampu mengurangkan tahap kesakitan seperti kesakitan leher/NSNP, sakit pinggang/NSLBP, sakit selepas beranak/post partum perineal pain, sakit otot/myofacial pain, sakit pinggang dan kaki/sciatica pain, termasuklah kesakitan yang berpunca daripada penyakit kanser dan sebagainya.

Terdapat beberapa teori yang mencadangkan bagaimana tahap kesakitan boleh berkurangan melalui terapi bekam. Menurut teori Pain Gate Control (Melzack & Wall 1995), ketika input kurang menyakitkan dikenakan keatas kulit seseorang yang sedang mengalami kesakitan, pintu sakit pada korda spinal akan tertutup bagi membenarkan input kurang menyakitkan tadi sampai kepada otak untuk ditafsirkan.

Dalam terapi bekam, cawan² bekam yang dilekatkan pada kulit adalah input yang kurang menyakitkan, menutup pintu sakit di korda spinal/neurological gate untuk membenarkan sensasi yang kurang menyakitkan/non-painful input tadi sampai kepada otak. Hal ini menyebabkan kebanyakan isyarat sakit gagal sampai kepada otak dan hasilnya sensasi sakit kurang dirasai.

Analogi mudah, menggosok (non-painful input) bahagian tubuh yang sakit sejurus terhantuk atau terlanggar objek keras mungkin boleh menjelaskan bagaimana mekanisme “pain gate control” ini berlaku.

Dalam bekam basah/darah, kulit yang telah disedut dilukai dengan jarum atau pisau secara superfisial (kedalaman 0.1mm/setebal kertas) di mana penyedutan kali kedua kemudiannya dilakukan untuk memaksimakan penyingkiran keluar “darah bekam” yang mengandungi bahan² punca penyakit/CPS atau bahan² berkaitan penyakit/DRS ke permukaan kulit atau di dalam cawan bekam.

Tujuannya atau indikasi terapi bekam darah lebih “advance” atau lebih bersifat terapeutik berbanding terapi bekam kering kerana ia didakwa berupaya menurunkan risiko dan membantu penyembuhan pelbagai jenis penyakit.

Terdapat lebih 100 kajian yang membuktikan bahawa terapi bekam darah atau digelar juga sebagai hijama oleh masyarakat Arab berkesan dalam mengawal atau mengurangkan sebarang lebihan/peningkatan parameter² darah atau biokimia tertentu di dalam darah sehingga mengganggu tahap kesihatan seseorang.

Antara lain kajian² tersebut menunjukkan bahawa terapi bekam darah berupaya menurunkan tekanan darah, paras gula darah, paras kolesterol/lemak, kreatinin, asid urik, urea, bahan² toksik, tahap stress selain meningkatkan kekuatan sistem kekebalan tubuh melalui tindakbalas radang.

Teori detoksifikasi dijelaskan dengan lebih baik menerusi Teori Taibah (2014) yang dicadangkan oleh Dr Salah Mohamed El Sayed di mana beliau mendakwa bahawa terapi bekam mampu menjalankan tugas² penapisan ginjal dengan lebih berkesan melalui penyingkiran keluar secara serentak bahan² larut air/hydrophobic dan bahan² tidak larut air/hydrophobic di mana organ ginjal kita sendiri tidak mampu melakukannya.

Menurut falsafah Tradisional Chinese Medicine/ TCM pembekaman pada titik² tertentu di sepanjang jalur meridian berupaya membuka halangan kepada tenaga kehidupan atau “chi” punca ketidakseimbangan dalam tubuh atau masalah kesihatan tertentu sekaligus berpotensi meningkatkan semula tahap kesihatan yang merosot.

1O FAEDAH & KESAN TERAPEUTIK TERAPI BEKAM BERDASARKAN KAJIAN & STATISTIK

Berdasarkan kepada beberapa statistik & kajian saintifik yang pernah dilakukan, berikut adalah 10 faedah atau kesan terapeutik terapi bekam yang dikenalpasti mengikut keutamaan atau tahap keberkesanan:

1. Membantu mengurangkan tahap kesakitan yang berpunca daripada kondisi² atau penyakit² tertentu.

2. Membantu menimbulkan efek relaksasi sekaligus mengurangkan tekanan perasaan/stress.

3. Membantu menyegarkan & mengurangkan keletihan tubuh badan selain meningkatkan tenaga.

4. Membantu mengurangkan keterukan pelbagai gejala penyakit/kondisi tertentu seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit.

5. Membantu mengurangkan masalah berkaitan kosmetik/estetika termasuk berat badan berlebihan.

6. Membantu mengawal parameter² hematologikal & biokimia tubuh termasuk tekanan darah, kadar degup jantung, pemboleh-ubah kadar degupan jantung/HRV, kadar pernafasan dsbnya.

7. Membantu mengadakan persekitaran dalaman tubuh yang seimbang atau homeostasis bagi memula atau melancarkan proses penyembuhan sesuatu penyakit.

8. Membantu meningkatkan kekuatan sistem imuniti tubuh melawan penyakit melalui peningkatan reaksi radang.

9. Membantu meningkatkan kesan terapeutik pengambilan ubatan sintetik.

10. Membantu menurunkan risiko pelbagai penyakit melalui penyingkiran keluar pelbagai bahan mudharat, toksin atau bahan² punca penyakit/CPS daripada tubuh.

Semua faedah atau kesan terapeutik di atas dipercayai boleh tercapai melalui pelbagai teori tentang mekanisme² tertentu seperti teori pain gate, teori NDIC, teori reflex zone, teori taibah, teori prostaglandin, teori endorphin/encephalin, teori nitric oxide, teori kesan² immunologikal & pengaturan hormon, teori genetik, teori tcm dsbnya.

SELF-REPAIR

Tujuan utama terapi bekam dilakukan adalah untuk memulakan proses “self-repair” terutamanya di kalangan mereka yang mengalami kemerosotan tahap kesihatan kronik yang berpunca daripada pengambilan nutrisi dan amalan gaya hidup yang tidak sihat di samping pelbagai faktor persekitaran yang lain.

Terapi ini seolah² memberikan “kejutan” kepada tubuh daripada kondisi ketidakseimbangan homeostatik sehingga ruang kembali terbuka kepada tubuh untuk mencapai keseimbangan persekitaran dalaman atau homeostasis melalui penyingkiran bahan² memudaratkan dan toksin dalam masa yang lebih singkat berbanding kaedah lain.

Homeostasis adalah syarat utama, harus dicapai terlebih dahulu untuk membolehkan tubuh “restart” atau memulakan semula proses regenerasi sel² atau pembentukan sel² baru organ agar sistem² tubuh akhirnya boleh kembali berfungsi secara normal, menyumbang kepada kawalan yang lebih baik kepada pelbagai penyakit.

tempah sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hai
Boleh kami bantu?