Bagaimana Bekam Merawat Sakit Kepala

Bagaimana Bekam Merawat Sakit Kepala 1

Setiap orang pasti pernah mengalami sakit kepala pada satu ketika dalam kehidupan dan semestinya ia bukanlah satu perkara yang menyelesakan .

Ia adalah salah satu bentuk kesakitan yang biasa terjadi berpunca daripada sistem saraf pusat, dan seringkali menjadi sebab utama mengapa sesetengah orang tidak dapat hadir ke sekolah atau kerja.

Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara sebab-sebab utamanya ialah tekanan, pemakanan yang tidak sihat dan postur badan yang salah.

Keberkesanan Bekam Menurut Teori Taibah

Terapi bekam dilaporkan sangat berkesan dalam merawat sakit kepala dan migrain, di mana purata sakit kepala menurun sehingga 66%. Purata yang dirawat juga mengalami pengurangan 12.6  hari sakit kepala dalam sebulan.

Kajian baru² ini menunjukkan paras serum IL-6 tinggi dalam kes migrain samada dengan atau tanpa rawatan ubatan (seperti Tomiramate). Ini menunjukkan tahap IL-6 yang tinggi memainkan peranan dalam serangan menyakitkan dalam migrain kronik.

Berdasarkan teori taibah, sakit kepala dan migrain boleh dirawat melalui bekam darah hasil daripada keupayaan bekam memberi kesan pembersihan melalui penyingkiran lebihan cecair, mediator² kimia, IL-6, bahan² “vasoactive“, “neuropeptide” penyebab sakit kepala, pengurangan tekanan cecair² tisu (interstitial) dan rawatan keatas faktor² penggalak sakit kepala seperti hipertensi dan acute trigeminal neuralgia.

Neuropeptides” yang terlibat dalam patogenesis sakit kepala biasanya terdiri daripada “substance P“, “vasoactive intestinal polypeptide” (VIP) dan “calcitonin gene-related peptide” (CGRP) yang merupakan mediator² penting dalam patogenesis migrain dan sakit kepala.

Berdasarkan itulah maka penyingkiran CPS (bahan² punca penyakit) di atas daripada tubuh badan, boleh menerangkan bagaimana bekam darah merawat sakit kepala dan migrain.

Teori-teori Lain

Antara mekanisme bekam dalam memberikan kesan analgesic (tahan sakit) dalam rawatan adalah dengan mengurangkan kehadiran “Substance P” (1) Ia adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan rasa sakit (pain mediated substance).

Antara teori lain adalah penghasilan opiod semulajadi spt “encephalin” dan “endorphins” dalam badan akibat tusukan jarum/blade. (2) Bahan kimia ini adalah ubat tahan sakit semulajadi yang dihasilkan dalam badan cth respond kepada kesakitan yg terjadi kepada manusia.

Contoh lain yang dekat adalah, ada pesakit psikiatri yg apabila mengalami stress, mengelar tangan sendiri. Kerana apa? Bukan untuk bunuh diri kadang-kadang, tapi dengan berbuat demikian,”sakit” yang terjadi dari torehan tersebut mengeluarkan hormon endorphins utk memberikan rasa lega kepada mereka sebab endorphins juga dikenali sebagai “happy hormone“.

Tapi sudah tentu tindakan tersebut adalah salah kerana membahayakan diri sendiri.

Banyak kajian klinikal dalam bekam utk rawatan sbg “pain management” cth sakit kepala, sakit belakang dan sakit lutut.

Sebagai pembekam, wajar kita mengetahui apakah rasional membekam pesakit supaya kita memahami tujuan kita membekam pesakit dengan lebih baik.

——————————————————————————————————————–

(1) Tian H, Tian YJ, Wang B, Yang L, Wang YY, Yang JS. Impacts of bleeding and cupping therapy on serum P substance in patients of postherpetic neuralgia. Zhongguo Zhen Jiu. 2013 Aug; 33(8): 678-81

(2) Han JS. Acupuncture and endorphins. Neurosci Lett. 2004; 361: 258-261

Dr Ahmad Zuhdi Suradin

5/5 - (3 votes)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

kupon temu

lazada affiliate

temu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *