Cara Mengenal Pasti Sesuatu Penyakit

Cara Mengenal Pasti Sesuatu Penyakit 1

Mohd Noor Al-Haj

Keadah mengesan penyakit dan menentukan jenis ubat

Terdapat banyak pengajian sama ada secara medik atau pun tradisional keadah untuk mengesan penyakit dan setiap keputusan yang terhasil menpunyai kebenaran yang tersendiri mengikut pengajian, pemahaman dan kepercayaan masing-masing. Dalam ertikata yang sebenar iaitu, lain padang lain belalang, lain guru lain cara .

Kami memandang mengikut keadah dan pemahaman kami yang tersendiri iaitu cuba memahami akan asal kejadian manusia itu sendiri. Pada dasarnya manusia itu datangnya dari Allah, kita juga hendaklah memahami Manusia terhasil dari perkongsian antara ibu dan bapa, begitu juga permulaan penciptaan iaitu kejadian adam dan hawa.

Begitu juga dengan penyakit, sebagai mana yang sering kita kedengaran pada hari ini iaitu penyakit dari selsema babi, ayam, burung ataupun dari lembu iaitu kuku dan mulut, cacing dan bermacam-macam lagi, kebanyakkan datang dari binatang maka ubatnya juga adalah dari binatang. Pada sesetengah penyakit datangnya dari tumbuhan maka ubatnya juga adalah harus datang dari tumbuhan.

Apa yang penting bagi kita di sini ialah memahami atau menklasifikasikan akan penyakit yang dihidapi kerana dengan mengenal pasti akan penyakit tersebut, maka dapatlah pemahaman bagi kita akan ubatnya. Oleh itu sebaiknya kita menkaji akan asal kejadian diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu samaada diri yang zahir ataupun diri yang batin.

Asal kejadian diri kita yang zahir;

Asal kejadian diri yang zahir itu dari 4 unsur .
• Tanah – dari air .
• Air – dari angin .
• Angin – dari api.
• Api – rahsia.

Tanah
• Asal tanah jadi daging.
• Asal air jadi tulang.
• Asal angin jadi urat.
• Asal api jadi darah.

Tanah itu budi (budi kasih).
Air itu cita rasa [nur].
Angin itu nafas.
Api itu nazar. (pandang).

Kenyataan sifat adam pada kita ialah:
• Bunyi .
• Rasa.
• Pandang.
• Dengar.

Mengikut proses tamadun manusia pada zaman dahulu sesetenggah manusia tinggal di dalam hutan, berakit diatas air, ataupun ada yang tinggal di padang pasir ataupun bermacam-macam tempat tinggal di merata–rata tempat. Kemudian manusia berubah dan berpindah dari tempat yang disebutkan di atas kekampung ataupun kota, dan manusia sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Berbeza pula dengan haiwan, dimana pada zaman dahulu tinggal didalam hutan dan seterusnya sampai sekarang masih tetap tinggal di dalam hutan.

Manusia juga boleh mengayakan sifat-sifat binatang dan alam sekeliling, sebagai contohnya manusia boleh mengayakan seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya. Tetapi perkara sebaliknya haiwan atau alam tidak mampu mengayakan seperti mana manusia. Oleh itu bagaimana kita hendak mengaitkan atau mentahkitkan akan kejadian manusia serta penyakit dan keadah pengubatan.

Sebagai contohnya apabila seseorang itu di patuk oleh ular maka pada kebiasaannya bisa ular juga digunakan sebagai vaksin penyembuh. Begitu juga dengan binatang –binatang yang lain. Cuba kita lihat dari satu sudut yang lain , adakah ubat yang di hasilkan itu benar-benar dapat menyembuhkan. Maka berbagai andaian dibuat, tapi yang sebenarnya yang menyembuh hanyalah Allah semata-mata. Kita hanya melakukan jalan ikthiar sahaja.

Cuba kita lihat apakah hubung kaitnya asal kejadian kita dengan penyakit

• Asal tanah jadi daging.
• Asal air jadi tulang.
• Asal angin jadi urat.
• Asal api jadi darah

Pada asasnya kita ketahui bahawa asal tanah jadi daging atau apabila kita kaitkan penyakit yang datangnya dari daging maka penyembuhnya adalah berunsurkan dari tanah atau bersumberkan tanah begitu juga penyakit yang datangnya dari air, angin ataupun api. Kemudian dikaitkan pula dengan daging, tulang, urat dan darah.

Sebagai contoh yang agak jelas, cuba kita lihat asal angin jadi urat. Pada kebiasaannya apabila penyakit dari angin maka implikasinya terjadi pada urat. Apabila menjalani proses terapi urut pada kebiasaannya penderita yang berpenyakit itu akan mengeluarkan angin mengikut jalan yang tertentu.

Cuba kita mendalami akan proses penyembuhan ini dengan menkaitkan akan:

• Bunyi.
• Rasa.
• Pandang.
• Dengar.

Jawapan yang akan kita perolehi akan tampak lebih jelas, boleh juga kita contohkan sebagaimana contoh yang diatas iaitu asal angin jadi urat. Angin adalah suatu unsur yang tidak dapat dilihat tetapi angin adalah suatu unsur yang dapat dirasa. Jadi cuba kita memahami feal atau perangai angin. Angin perangainya akan sentiasa bertiup dan akan terus bertiup. Begitu juga dengan bunyi, pandang dan dengar.

Apabila kita memahami akan konsep yang di sebutkan diatas maka dengan tersendirinya kita akan dapat mengesan dan mengetahui akan penyakit yang di deritai dan penyelesaiannya.

Sifat Manusia Mengikut 4 Unsur Bumi

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

Tanah

Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

Jenis Pancaindera: Syahwat, Kering

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima’, selalu sihat, banyak kerja.

Air

Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Jenis Perasa: Fikiran, Basah

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

Api

Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Jenis Intuitif: Cinta, Panas

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

Angin

Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Jenis Pemikir: Jiwa, Sejuk

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

simkad tone wow

lazada affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *