Terapi urut guasa merupakan salah satu kaedah terapi tradisional di antara pelbagai jenis kaedah rawatan dan perubatan tradisional China, seperti Terapi Akupuntur, Terapi Bekam, Terapi Urutan dan sebagainya.
Terapi urut guasa ini adalah warisan turun-temurun daripada nenek moyang yang telah diamalkan oleh masyarakat China beribu-ribu tahun dahulu.
Guasa adalah sejenis alat seperti papan atau kepingan kecil yang di perbuat dari tanduk kerbau, batu, kayu atau plastik dan mempunyai bentuk yg tertentu.
Apa itu Guasa?
GUA = Gesek/Gosok
SA = Tempat sakit yang mengeluarkan bintik merah
Guasa ialah satu perbuatan menggesek pada badan sehingga mengeluarkan bintik merah yang merupakan toksin dalam badan. Alat-alat guasa pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik dicelup di dalam air atau minuman keras kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bintik merah kelihatan.
Urutan guasa ini di lakukan pada permukaan kulit dan pada bahagian2 badan tertentu dengan gosokkan serta teknik yang tertentu. Mengikut kajian saintifik gosokkan atau urutan tertentu itu mampu memberi impak yang baik sekali gus mampu memberi kesembuhan dan mambantu masalah kesakitan pada tubuh badan.
Fungsi Utama Terapi Urut Guasa :
1. Meningkatkan proses metabolisme supaya organ-organ sentiasa dapat berfungsi dengan baik untuk memelihara kesihatan tubuh badan.
2. Melegakan sebarang kesakitan dan sakit sendi badan supaya dapat mengelak daripada penyakit, seperti sengal-sengal, sakit kepala, sakit sendi tulang, rematik dan sebagainya.
3. Meredakan keadaan urat saraf atau otot-otot yang kejang supaya dapat menyelaraskan kelemahan urat saraf untuk berfungsi dengan normal semula lalu mengatasi sebarang rasa kebas atau kekejangan urat saraf dan masalah lumpuh separuh badan. Kerana 80% penyakit kronik moden disebabkan oleh gangguan urat saraf autonomi.
4. Melancarkan peredaran darah supaya dapat menghindarkan sebarang keradangan dan kesumbatan yang selalu menjejaskan organ-organ tubuh untuk berfungsi dengan baik. Kerana peredaran darah yang lancar adalah penting untuk membawa oksigen, zat-zat makanan, darah statis dan kekotoran yang lain.
5. Merangsangkan rembesan dan kelenjar-kelenjar tubuh supaya dapat menguatkan sistem imunisasi dan daya pertahanan tubuh badan untuk melawan serangan penyakit-penyakit kronik moden.
6. Mencantikkan kulit dan meregenerasi sel-sel tubuh badan serta melambatkan proses penuaan dan sebagainya.
Ini manfaat Urutan Guasa yang telah diamal sekian lama dari dulu kala, ini bukti kenapa kaedah Guasa masih kekal sehingga kini, hanya dengan urutan kepingan kecil ini sahaja ia mampu memberi kebaikkan pada badan dan kesihatan.
Terapi urut guasa juga mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan fizikal mahupun kesihatan mental.
Nampak merah² tu mcm sakit, sebenarnya tak sakit. Itulah tanda “Sa” yang ada dalam badan kita. Setelah diguasa, tempat yang bermasalah akan mengeluarkan “Sa” atau tanda2 sakit.
Cuba Guasa baru anda akan dapat rasai perbezaannya.