Kulit manusia terdiri atas epidermis dan dermis. Kulit berfungsi sebagai alat ekskresi kerana adanya kelenjar peluh (kelenjar sudorifera) yang terletak di lapisan dermis.
Epidermis
Epidermis tersusun atas lapisan tanduk (lapisan korneum) dan lapisan Malpighi. Lapisan korneum merupakan lapisan kulit mati, yang dapat mengelupas dan digantikan oleh sel-sel baru. Lapisan Malpighi terdiri atas lapisan spinosum dan lapisan germinativum.
Lapisan spinosum berfungsi menahan gesekan dari luar. Lapisan germinativum mengandung sel-sel yang aktif membelah diri, mengantikan lapisan sel-sel pada lapisan korneum. Lapisan Malpighi mengandung pigmen melanin yang memberi warna pada kulit.
Dermis
Lapisan ini mengandung pembuluh darah, akar rambut, hujung saraf, kelenjar peluh dan kelenjar minyak. Kelenjar peluh menghasilkan peluh. Banyaknya peluh yang dikeluarkan mencapai 2.000 ml setiap hari, bergantung pada keperluan tubuh dan pengaturan suhu. Peluh mengandung air, garam, dan urea. Fungsi lain sebagai alat ekskresi adalah sebagai organ penerima rangsangan, pelindung terhadap kerosakan fisikal, penyinaran, dan punca penyakit, serta untuk pengaturan suhu tubuh.
Pada suhu tinggi (panas), kelenjar peluh menjadi aktif dan pembuluh kapilari di kulit melebar. Melebarnya pembuluh kapiler akan memudahkan proses pembuangan air dan sisa metabolisme. Aktifnya kelenjar peluh mengakibatkan keluarnya peluh ke permukaan kulit dengan cara penguapan.
Penguapan mengakibatkan suhu di permukaan kulit turun sehingga kita tidak merasakan panas lagi. Sebaliknya, ketika suhu rendah, kelenjar peluh tidak aktif dan pembuluh kapilari di kulit menyempit. Pada keadaan ini darah tidak membuang sisa metabolisme dan air, akibatnya penguapan sangat berkurang, sehingga suhu tubuh tetap dan tubuh tidak mengalami kendinginan. Keluarnya keringat dikawal oleh hipotamulus.