Selama ini kita kerap dengar pesakit kencing manis kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi.
Ramai yang mengikut arahan tersebut 100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi samakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.
Apabila keadaan menjadi semakin teruk di mana fungsi organ-organ seperti buah pinggang dan mata menjadi semakin merosot, emosi pesakit akan mula tukar menjadi panas baran dan kerap rasa sedih. Sila bersabar dan cuba fahami dan rasai perasaan mereka. Perubahan emosi atau personaliti pesakit adalah tanda-tanda dia sudah mula putus asa dan masa ini merupakan cabaran yang paling susah bagi keluarga pesakit.
Hakikatnya. Anda rasa doktor atau pakar-pakar lain akan rekomenkan cara (jika dia tahu) yang boleh sembuhkan masalah kencing manis anda? Mungkin ada segolongan kecil pakar yang betul-betul ikhlas akan cuba cari penyelesaian untuk masalah anda, khasnya kalau dia sendiri sedang rasai kesengsaraan kencing manis ini.
Malangnya, bukan senang untuk bertemu dengan doktor yang betul-betul mengambil berat tentang masalah kamu. Ini hakikat hidup, mereka memang tiada masa untuk kaji secara mendalam tentang penyakit kencing manis ini. Kerja mereka adalah ikut standard prosedure yang dipelajari bertahun-tahun dahulu. Penyakit ‘A’, guna Ubat ‘A’. Penyakit ‘B’, guna Ubat ‘B’. Bacaan gula darah tinggi sangat? Suntik insulin saja!
“Anda Apa Yang Anda Makan”
Masalah kencing manis yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun dulu. Kencing Manis bukan satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid.
Kalau kencing manis itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, diabetes tidak menjangkit! Diabetes bukan disebabkan oleh virus atau bakteria!
Jadi, apa fungsi ubat-ubat kencing manis yang doktor bagi itu?
Untuk tujuan pengawalan paras gula dalam darah (khasnya selepas makan), anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan sampingan di mana doktor sendiri pun belum tahu lagi.
Peringkat – peringkat Perkembangan Kencing Manis yang Sungguh Menyedihkan!
Peringkat Pertama:
Darah Yang Pekat dan Gelap.
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Peringkat Ke-2:
Kerap Rasa Panas dan Dahaga.
Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air
Peringkat Ke-3:
Kerap Rasa Letih dan Mengantuk.
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Peringkat Ke-4:
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk.
Persembahan tidak tahan lama tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.
Peringkat Ke-5:
Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas.
Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.
Peringkat Ke-6:
Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.
Peringkat Ke-7:
Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki.
Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang ‘perfect’ untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat.
Peringkat Ke-8:
Jangkitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!
Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha.
Peringkat Ke-9:
Penglihatan Menjadi Semakin Kabur Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!
Peringkat Ke-10:
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan.
Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir… Sungguh menyedihkan!
Peringkat perkembangan Kencing Manis (Jenis 2) memang boleh dijangka! Selepas anda ketahui Punca Sebenarnya. Anda akan faham bagaimana semua itu terjadi.
Jika perkembangan Kencing Manis ini boleh dijangka, maksudnya memang terdapat satu Akar Umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan. Maksudnya.. Kencing Manis (Jenis 2) Boleh Disembuhkan!!!
Semakin awal anda mengambil tindakan, semakin cepat ia dapat disembuhkan. Jangan tangguhkan sampai peringkat yang terakhir, masa itu memang terlambat sudah.
Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2) Terjadi?
Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.
Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.
Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.
Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah rintangan insulin.
Rintangan insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.
Rintangan insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan reseptor insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan laluan glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis Jenis 2!
Adakah Itu Salah Gula/Glukosa? Tidak!!!
Kerap saya dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga.
Kita orang Asia, kita perlu makan nasi untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan boleh melawan penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis yang sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah hilang sejak keadaan kencing manis dia semakin ketara. Anda tentu akan terkejut dengan jawapannya!
Antara kes ketara yang saya pernah dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan! Malangnya, kehilangan berat badan ini tidak menjadikan pesakit tersebut rasa lebih ringan dan bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan letih daripada sebelum ini.
Apakah Punca Sebenar Rintangan Insulin dan Apakah Cara Untuk Menghapuskannya?
Lihat semula pada rajah sebelum ini, adakah bentuk glukosa dan insulin berubah selepas seseorang itu mendapat Diabetis Jenis 2? Tidak! Apa yang berubah adalah struktur membran sel badan di mana terletaknya reseptor insulin. Berikut adalah apa yang terjadi pada sel-sel badan pesakit Kencing Manis Jenis 2.
Jadi, penyelesai untuk masalah kencing manis adalah sangat mudah! Fokusnya adalah bagaimana memulihkan keadaan sel-sel kepada struktur yang sihat seperti yang terdapat pada bahagian kiri.
Bagaimana?
Sebelum anda memcuba sebarang rawatan atau penawar yang diheboh-hebohkan oleh member-member MLM atau tokoh perubatan tradisional, anda perlu tahu apa punca yang menyebabkan kerosakan permukaan membran sel yang menyebabkan rintangan insulin.
Anda perlu faham bahawa setaip sel dalam badan anda adalah dibagaikan seperti direndam dalan satu lautan yang dipanggil cecair antara sel.
Cuba bayangkan satu akuarium baru di mana anda letakkan beberapa ekor ikan sihat di dalamnya. Apa akan terjadi kepada ikan-ikan tersebut selepas 1 minggu jika anda tidak menukar air atau pasang pam penapis air dalam akuarium tersebut. Permukaan kulit ikan-ikan tersebut akan menjadi semakin pudar dan tidak berseri dan kalau keadaan seperti ini berterusan, sisik ikan akan muka tanggal atau ikan tersebut akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mati satu demi satu.
Sekarang kembali kepada keadaan dalaman badan anda. Berjuta-juta sel badan teremdam dalam cecair antara sel badan anda. Jika keadaan cecair badan anda adalah penuh dengan toksik berasid, pH badan akan semakin menurun dan asid-asid ini akan mula menghakis permukaan sel badan anda. Lama- kelamaan struktur membran sel akan terus bertambah sehingga insulin tidak boleh berpaut dengannya untuk membuka laluan glukosa yang membenarkan kemasukan glukosa ke dalam sel.