Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam

Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 1

Peralatan ini sekurang-kurangnya perlu ada dalam premis bekam anda untuk elak malpraktik/mudharat besar kepada pelanggan:

1. Sphygmomanometer/Digital Bp Set

Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 2
Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 3

Ini adalah alat untuk menyukat tekanan darah anda.

Jika bacaan tekanan darah setinggi 180/120mmHg (hypertensive crisis), tangguhkan dulu terapi bekam anda. Hypertensive crisis boleh mengancam nyawa kerana peningkatan risiko ketara untuk berlakunya serangan jantung atau strok. Rujuk pelanggan ke hospital segera. Tekanan darah rendah dengan bacaan di bawah 90/60mmHg, tangguh dahulu terapi bekam darah untuk pelanggan dan nasihatkan pelanggan berjumpa dengan doktor untuk konsultasi/rawatan. Bekam darah dengan kop yang banyak atau terlalu kerap boleh menyumbang kepada penurunan kepekatan sel darah merah/hemoglobin sekaligus boleh menyebabkan tekanan darah turun lebih rendah lagi dan pelanggan boleh jatuh pengsan (hypovolemic shock).

2. Termometer

Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 4

Ia adalah sejenis alat untuk menyukat suhu tubuh anda. Jika pelanggan anda demam dengan bacaan pada termometer pada 38°C dan keatas, tangguhkan dulu bekam basah anda. Pelanggan anda mungkin demam disebabkan oleh penyakit denggi etc. Dalam kes denggi umpamanya jumlah platelet adalah rendah dan ini boleh meningkatkan risiko pendarahan berlebihan. Kehilangan lebih banyak darah boleh menyebabkan renjatan hypovolemic (20% blood loss) dan jika tidak terkawal boleh menyebabkan kegagalan organ (40% blood loss) malah kematian(> 50% blood loss). Jika berhadapan kes demam tinggi, tangguh dulu bekam darah keatas pelanggan anda. Sebaiknya nasihatkan pelanggan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan/ rawatan.

3. Glucometer

Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 5

Ia adalah alat untuk menyukat paras gula di dalam darah. Jika paras gula darah terlalu tinggi ketika diperiksa samada secara random (>14mmol/L) atau selepas berpuasa (>9.5mmol/L), tangguh dulu bekam darah untuk pelanggan anda. Gula darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan ini berupaya meningkatkan risiko jangkitan kuman yang juga boleh membawa kepada kondisi yang lebih teruk seperti diabetic foot ulcer atau foot gangrene terutamanya jika pembekaman dilakukan pada bahagian kaki. Jadi tangguhkan terlebih dahulu bekam darah keatas pelanggan dan nasihatkan pelanggan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan/rawatan.

4. Ketone Test Kit/Urine Test Kit

Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 6

Benda ini adalah untuk menyukat paras ketone di dalam air kencing. Ketika insulin tidak mencukupi untuk membawa gula memasuki sel-sel tubuh, organ hati terpaksa menguraikan lemak sebagai sumber tenaga terakhir di mana proses ini akan menghasilkan asid berlebihan yang diberi nama ketone. Jika paras gula terlalu tinggi dan terdapat ketone yang ketara di dalam air kencing, tangguhkan dulu bekam darah untuk pelanggan dan nasihatkan pelanggan agar segera ke hospital. Pelanggan mungkin berada pada tahap awal ketoacidosis, suatu kondisi yang boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan segera.

5. Pulse Oxymeter

Peralatan yang perlu ada sebagai Pengamal Bekam 7

Alat ini digunakan untuk menyukat paras saturasi oksigen dalam darah. Bacaan normal adalah antara 95%-100%. Jika bacaan bawah daripada 90%, tangguh dahulu bekam darah untuk pelanggan anda. Nasihatkan pelanggan pergi ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan. Pelanggan mungkin mempunyai masalah sistem pernafasan atau kardiovaskular. Bacaan saturasi 90% biasanya akan mengalami kemerosotan dengan lebih cepat sehingga boleh turun kepada 70% saturasi darah. Pada tahap ini nyawa pelanggan benar-benar dalam bahaya.

Kadangkala ada segelintir pelanggan yang datang ke premis kita sebab badan rasa kurang sihat dan mereka tidak mahu terus berjumpa dengan doktor kerana beranggapan ia adalah kondisi ringan. Sekurang-kurangnya apabila kita lakukan pemeriksaan awal dengan peralatan berkenaan, kita boleh mencegah daripada berlakunya mudharat lebih besar kepada pelanggan seterusnya mengelak terapi bekam sunnah kebanggaan kita ini daripada mendapat fitnah yang akan merugikan diri kita sendiri.

Harap bermanfaat.

MA SABRI

5/5 - (2 votes)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

kupon temu

lazada affiliate

temu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *