Perbezaan antara Pembuluh Darah Arteri dan Vena

Perbezaan antara Pembuluh Darah Arteri dan Vena 1

Secara analoginya kedua-dua jenis pembuluh darah ini berperanan sebagai “jalanraya” ulang-alik kepada “kenderaan” iaitu sel² darah & plasma, mengangkut sejumlah darah daripada jantung atau kembali ke jantung bagi membolehkan semua sistem tubuh berfungsi dengan normal.

Arteri mengangkut sejumlah darah yang kaya dengan oksigen/oxygenated blood daripada jantung kepada semua organ, mempunyai lapisan dinding yang tebal dengan tisu otot dan tidak mempunyai injap. Ia terletak jauh di dalam otot dan tidak kelihatan atau tidak dapat diraba pada permukaan kulit.

Para doktor selalunya mengambil darah daripada arteri untuk ujian ABG/ Arterial Blood Gas bagi menilai tahap oksigen, karbon dioksida dan PH.

Berbeza dengan pembuluh darah vena, ia hanya mengangkut darah yang mempunyai tahap oksigen rendah/deoxygenated blood kembali semula ke organ jantung. Ia mempunyai dinding yang agak tipis, berada lebih dekat dengan permukaan kulit sehingga ada di antaranya yang boleh dilihat dengan mata kasar atau diraba dengan hujung jari.

Di dalamnya terdapat injap/one way valve yang berfungsi menghalang darah daripada berundur/kembali ke belakang. Doktor selalunya mengambil darah daripada pembuluh darah vena untuk melakukan ujian² darah atau biokimia tertentu selain untuk tujuan derma darah dan phlebotomy.

P/S: Dalam terapi Hijama, tusukan jarum atau sayatan pisau adalah secara superfisial (0.1-0.5mm) di mana sejumlah darah yang terbebas keluar ke permukaan kulit adalah daripada rangkaian kapilari yang pecah/rosak yang telah bercampur-aduk dengan sejumlah cecair interstitial yang mengandungi CPS, bukan daripada vena mahupun arteri kecuali malpraktik berlaku (tusukan jarum/sayatan pisau terlalu dalam).

MA SABRI

Ref:

Principles of anatomy and physiology
Gerard J Tortora, Bryan H Derrickson
John Wiley & Sons, 2018

5/5 - (1 vote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *