Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara 1

Tahukah anda, pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi, segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara “Natural Farming” tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak.  Pokok ini juga terkenal dengan jolokkan makin tua makin menjadi, seperti kata pepatah “makin tua makin pekat dan banyak santannya”.

Kenapa Minyak Kelapa Dara?

Ketone Asid / Anti-Oksidan / Monolaurin & Monocaprin

Ketone Asid 

Kaya dengan ketone asid di mana dianggarkan lebih dari 60% terdapat dalam minyak kelapa dara, yang akan ditukar sebagai tenaga di dalam badan (ketone energy). Ianya lebih halus dan mudah diserap dan digunakan sebagai tenaga berbanding glukosa yang memerlukan gabungan insulin untuk dicerna ke dalam sel sebagai tenaga (sel tubuh, neuron sel otak, nefron sel buah pinggang sel beta & alfa kelenjar pankreas dan lain-lain).

Anti-Oksidan 

Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang sangat hebat iaitu tocopherol dan tocotrienols. Kajian mendapati tocotrienol 50 kali ganda lebih berkesan berbanding tocopherol. Ia berfungsi menstabilkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh manusia. Radikal bebas ini, jika tidak distabilkan akan menyebabkan molekul oksigen yang kehilangan 1 cas negatif elektron akan membunuh sel-sel dalam badan dan seterusnya akan menjadi punca berbagai-bagai penyakit kronik.

Monolaurin & Monocaprin 

Di dalam Minyak kelapa dara mengandungi capric & lauric asid secara purata 55% yang apabila diminum akan berubah di dalam badan menjadi monolaurin & monocaprin yang menyamai susu ibu di mana, ia boleh menguatkan pertahanan tubuh badan serta membunuh kuman, kulat, cacing dan virus.

Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.  Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

45 % hingga  55% kandungan Lauric  & Capric Asid terdapat dalam Minyak Kelapa Dara.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan minyak kelapa dara (VCO) ?

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya.

Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada keudaratan apabila manusia memakannya.

Perbezaan minyak kelapa biasa (RBD) dengan minyak kelapa dara (VCO)

  • Minyak kelapa biasanya diperbuat daripada kopra atau isi kelapa yang sudah dikeringkan. Minyak yang diekstrak terus daripada kopra tidak sesuai untuk digunakan kerana ia terdedah kepada serangga dan kulapuk semasa ia dikeringkan di bawah matahari. Oleh itu, minyak kelapa ini perlu dirawat, biasanya menggunakan haba dan bahan kimia.
  • Produk siap ini dinamakan minyak kelapa RBD (refined, bleached, deodorized) kerana ia menjalani proses penapisan, pelunturan dan penyahbauan. Disebabkan ini, minyak kelapa biasa mempunyai bau dan rasa yang berbeza daripada minyak kelapa dara.
  • Minyak kelapa dara tidak berwarna serta mempunyai sedikit bau dan rasa kelapa yang manis. Minyak kelapa biasa pula berwarna kuning serta tidak mempunyai bau atau rasa kelapa disebabkan oleh proses rawatan yang dilalui.
  • Minyak kelapa dara (VCO) diproses tanpa pemanasan atau menggunakan bahan kimia untuk memastikan semua bahan nutrisi penting dan antioksida tetap kekal di dalamnya. Minyak ini dihasilkan dengan kaedah pemampatan kelapa parut dan santan dibiarkan untuk menghasilkan beberapa lapisan dalam beberapa hari.
  • Minyak dituai dan diasingkan dari air secara manual. Minyak tersebut ditapis beberapa kali untuk memastikan ketulenan dan kejernihannya. Keseluruhan proses agak rumit dan memerlukan masa yang panjang, tetapi ia dilakukan di bawah permerhatian dan penjagaan yang rapi untuk memastikan hasil dan kualiti yang terbaik yang diisikan ke dalam setiap botol dan kapsul.

Proses Buat Minyak Kelapa Dara

proses minyak kelapa dara

Antara khasiat minyak kelapa dara:

1- Menyerupai lemak susu ibu.

2- Bagi ibu-ibu menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric asid dan capric asid bertambah secara ketara.

3- Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)

4- Antivirus dan antibaktera. Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah ‘medium chain fatty asid’ yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal.

Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial. 

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan. 

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).

5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.

Sebagai functional food, ( functional food telah didefinasikan pada An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE ) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga.

Minyak kelapa, sebagai sumber asid lemak berantai sederhana yang paling tersedia, adalah sumber tenaga yang terbaik. Ia meningkatkan kadar metabolik dan menurunkan jumlah lemak yang disimpan, satu penghargaan terhadap kemampuannya untuk ditukarkan kepada ketone. Ianya tidak memeranjatkan, bahawa minyak kelapa dara sedang mendapat tempat di dapur-dapur merentasi Amerika. Ia berhak mendapat tempat sebagai minyak masak primer bagi sesiapa yang mahukan pinggul yang lebih ramping di samping pertahanan terhadap penyakit degeneratif. Bagi individu yang memerlukan kadar terapi ketone, campuran minyak kelapa, minyak berantai sederhana dan minyak yang kaya dengan omega 3 menyediakan penyelesaian yang muktamad.

Minyak Kelapa Dara 2

Kajian-kajian mengenai minyak kelapa dara (MKD)

Health benefits of virgin coconut oil

Antistress and antioxidant effects of virgin coconut oil in vivo

Daily Consumption of Virgin Coconut Oil Increases High-Density Lipoprotein Cholesterol Levels 

Anti-inflammatory, analgesic, and antipyretic activities of virgin coconut oil

Virgin Coconut Oil and its Cardiovascular Health Benefits

Antibacterial and immunomodulator activities of virgin coconut oil (VCO)

The Potential of Coconut Oil and its Derivatives as Effective and Safe Antiviral Agents Against the Novel Coronavirus (nCoV-2019)

Minyak Kelapa Dara 3

5/5 - (4 votes)


simbol bagus



cara buat duit







temu

klikjer



tone wow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *