Terapi Bekam Berpotensi Mengawal Ginjal Kronik

Terapi Bekam Berpotensi Mengawal Ginjal Kronik 1

Penyakit Ginjal Kronik atau CKD adalah suatu penyakit tentang kerosakan ginjal yang berlaku secara perlahan² dalam jangkamasa yang lama, di mana ia tidak lagi berupaya menapis darah secara berkesan menyebabkan bahan² buangan berkumpul di dalam tubuh. Jika bahan² buangan yang terkumpul ini tidak disingkirkan atau terus meningkat, ia boleh menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.

Tugas utama ginjal adalah untuk menapis lebihan cecair dan bahan buangan melalui air kencing selain memastikan keseimbangan garam² & mineral serta memproduksi pelbagai jenis hormon. Jika ia kurang atau gagal berfungsi, anemia, tekanan darah tinggi atau kondisi kelemahan tulang dan pelbagai masalah kesihatan atau kondisi boleh berlaku.

Punca utama CKD adalah akibat/ komplikasi daripada hipertensi atau diabetes selain daripada faktor genetik, faktor usia melebihi 60 tahun keatas, pengambilan ubatan tertentu, gangguan autoimun dsbnya. Gejala² awal adalah seperti gatal, kejang otot, mual/muntah, bengkak pada kaki atau buku lali, terlalu banyak atau terlalu sedikit urin, kurang selera makan dsbnya. Pada peringkat akhir di mana ginjal mula berhenti berfungsi, ia biasanya ditandai dengan gejala² seperti sakit perut, sakit belakang, cirit-birit, demam, hidung berdarah, ruam, gangguan tidur dsbnya.

Ujian darah seperti GFR biasanya akan akan dilakukan untuk menilai tahap kerosakan ginjal dengan tumpuan kepada serum kreatinin, usia & jantina pesakit. Rawatan adalah berdasarkan kepada punca penyakit atau tahap CKD itu sendiri. Pada tahap CKD 1-3, rawatan lebih tertumpu kepada mengawal punca penyakit melalui pemberian ubatan tertentu seperti ubat darah tinggi atau ubat kencing manis, kawalan diet (low protein diet, low fat diet & low sugar diet), senaman secara regular dsbnya.

Pada tahap akhir atau tahap 5, dialisis atau pemindahan ginjal adalah diperlukan. Menurut perubatan konvensional, setakat ini CKD tidak boleh disembuhkan (irreversible). Rawatan yang diberikan adalah lebih kepada untuk melambatkan proses kerosakan ginjal atau memanjangkan jangka hayat pesakit melalui kawalan kepada faktor² risiko.

Beberapa kajian merumuskan bahawa terapi bekam/hijama mempunyai potensi untuk mengawal CKD dengan ketara samada melalui penyingkiran bahan² buangan seperti kreatinin yang tinggi di dalam darah atau bahan² punca penyakit (CPS) berkaitan ataupun melalui kawalan terhadap hipertensi atau diabetes yang menjadi faktor risiko kpd CKD. Fairouz K. A 2010 menjalankan kajian tentang kesan bekam keatas parameter² darah kepada 60 orang berusia antara 18-50 tahun. Ujian darah diambil dan dianalisa sebelum dan selepas 10 hari terapi bekam dilakukan. Selain daripada tekanan darah sistolik & diastolik, total kolesterol, trigliserida, urea, gula, LDL menurun & HDL meningkat, serum kreatinin & asid urik juga menunjukkan penurunan yang ketara.

Nik Rosmawati et al 2020 (Universiti Sains Malaysia) juga mendapati gula darah (FBS), serum urea, serum kreatinine, serum asid urik, vWF, tekanan darah sistolik turun selepas 1-4 bulan terapi bekam dilakukan keatas 31 orang berusia antara 30-60 tahun. Manakala Bilal et al 2015 mendapati 24 orang pesakit CKD yang menjalani hemodialisis dan berbekam, meningkat kualiti hidup seperti bertambah selera makan, dapat tidur dengan lena, lebih bertenaga, tekanan darah sistolik & diastolik dan serum kreatinin menurun berbanding pesakit CKD yang tidak berbekam. Di Malaysia, Prof. Dr. Abdul Aziz As-Safi (2013), seorang doktor perubatan senior pernah melakukan kajian kesan bekam keatas parameter² darah tertentu keatas 60 orang subjek dengan keputusan yang positif, di mana berlaku pengurangan yang ketara keatas beberapa parameter darah termasuklah serum kreatinin dan urea selepas menjalani terapi bekam/ hijama.

P/s: Poin utama – poin ginjal. Poin² sokongan: poin kahil, poin interscapular antara T2-T6 (area paling banyak rangkaian kapilari), puncak kepala (vertex/DV20), beberapa poin akupunktur dsbnya, mengikut keperluan atau keadaan semasa pesakit. Jika pesakit mengalami anemia akibat kurang produksi hormon EPO, minimakan poin. Jika pesakit ada masalah lemah tulang akibat kurang produksi hormon calcitriol, tekanan penyedutan harus dikurangkan untuk elak tulang retak/patah.

Kawalan diet yang lebih tegas, senaman teratur, mengambil ubatan yang diberi oleh doktor, berhenti merokok atau ambil alkohol dsbnya boleh memaksima kesan² terapeutik terapi bekam (Hijama).

Semoga akan ada lebih banyak kajian terperinci dan berkualiti tinggi tentang kesan² bekam/ hijama keatas penyakit CKD & parameter² darah yang berkaitan pada masa² akan datang untuk meningkatkan keyakinan orang ramai akan keberkesanan rawatan hijama ini terutamanya jika ia dilakukan dengan secara betul (ikut SOP), selamat, aseptik & holistik.

Sabre Othman

Ref:

1. Effect of blood cupping on some biochemical parameter. FAIROUZ K ALSHOWAFI: The Medical Journal of Cairo University 78 (2), 2010

2. The Effects of Wet Cupping Therapy on Fasting Blood Sugar, Renal Function Parameters, and Endothelial Function: A Single-arm Intervention Study Nik-Rosmawati Nik Husain, Suhaily Mohd Hairon, Rehanah Mohd Zain, Mujahid Bakar, Tee Get Bee, Mohamed Saat Ismail Oman Medical Journal 35 (2), e108, 2020

3. The Effect Of Wet Cupping Therapy (Bekam) On Renal Function Test In Healthy Individual Suhaily Mohd Hairon, Nik Ab Aziz al-Safi Ismail, Rosmawati Nik Hussain, Mohamed Saat, Rehanah Mohd Zain Ismail, Mujahid Bakar, Najib Majdi Yaacob

4. Hijama improves overall quality of life in chronic renal failure patients: A pilot study Muhammad Bilal, Rafeeq Alam Khan, Khurram Danial: Pak. J. Pharm. Sci 28 (5), 1731-1735, 2015

5. Randomized control trial study on the effect of wet cupping on lipid profile Mohd Hairon Suhaily, AA Ismail, Majdi Yaacob Najib: IIUM Medical Journal Malaysia 16 (2), 2017

6. Probing the Wet Cupping Therapy (Bekam) On Measurable Beneficial Health Effects Suhaily Ab Aziz al-Safi Ismail, Mohd Hairon, Nik Rosmawati Nik Hussain, Mohamed Saat, Rehanah Mohd Zain Ismail, Mujahid Bakar, Najib Majdi Yaacob1 Tee Get Bee, Azhar Amir 2012

5/5 - (2 votes)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

kupon temu

lazada affiliate

temu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *