Kesan Skarifikasi Bekam, Ekspresi Gen & Homeostasis

tusukan pada kulit

Ketika tusukan jarum atau sayatan pisau/skarifikasi (proses melukai kulit secara superfisial) dikenakan keatas kulit yang membenjol kesan daripada pengumpulan sejumlah cecair yang terdiri daripada bahan² punca penyakit/CPS akibat daripada penyedutan awal , DNA memberikan arahan kepada sel² setempat agar mengaktifkan mekanisme penyembuhan luka. Terdapat 4 tahap mekanisme penyembuhan luka iaitu hemostasis, radang, proliferasi dan pematangan sel² baru.

Pada tahap proliferasi, tindakan melukai kulit merangsang sel² fibroblast memproduksi sejumlah kolagen & elastin untuk tujuan menguat struktur dan menganjalkan kulit secara setempat. Ini adalah contoh ekspresi gen kesan daripada proses skarifikasi tadi. Terapi bekam bukan sahaja berfaedah daripada aspek kosmetik tetapi pada masa yang sama menguatkan sistem muskuloskeletal atau sistem otot & tulang kesan produksi kolagen & elastin selain kesan peningkatan aliran darah setempat.

Terbebasnya sejumlah hormon endorphin ke dalam sistem sirkulasi atau lebih tepatnya kpd reseptor opiod sehingga terhasilnya efek relaksasi yang mengurangi tahap kesakitan juga antara contoh ekspresi gen kesan daripada proses skarifikasi kulit. Sebaik sejumlah “darah bekam” mulai keluar daripada tusukan² jarum atau sayatan pisau, disedut untuk kali ke2 dan terkumpul di dalam cup bekam, pembersihan plasma daripada CPS sebenarnya telah pun berlaku. Pada tahap inilah homeostasis mula menjalankan peranannya menyediakan persekitaran dalaman yang seimbang agar proses penyembuhan boleh bermula secara semulajadi.

P/S: Ekspresi gen – proses di mana arahan daripada DNA kita ditukar kepada produk yang boleh berfungsi seperti protein atau RNA. Contoh ekspresi gen yg lain – kawalan ekspresi insulin: DNA memberi isyarat/arahan kepada sel² agar sejumlah hormon insulin dibebaskan ke dalam sirkulasi darah bagi mengawal paras gula agar tidak meningkat dan mendatangkan pelbagai komplikasi kepada tubuh.

MA SABRI

Ref:

1. Genetic theory-a suggested cupping therapy mechanism of action. Tamer Shaban, Munir Ravalia F1000Res 6, 1-7, 2017

2. Proteomic effects of wet cupping (Al-hijamah) Amer A Almaiman Saudi medical journal 39 (1), 10, 2018

3. Factors affecting wound healing S al Guo, Luisa A DiPietro Journal of dental research 89 (3), 219-229, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *