Bekam, akupuntur dan lain-lain rawatan tradisional dilabelkan sebagai ‘pseudo’ sains. Perkataan ‘pseudo’ berasal dari perkataan Greek bermaksud palsu. Beberapa pendokong Perubatan Moden seperti Simon Singh, Edzard Ernst dan lain-lain menentang habis-habisan bekam, akupuntur dan lain-lain perubatan tradisional seolah-olah seperti ada pihak yang membayar mereka untuk berbuat demikian.
Perubatan Barat mengakui keberkesanan bekam kerana hampir 500 kajian klinikal tentang bekam diterbitkan di jurnal-jurnal perubatan antarabangsa sejak tahun 60an. Hampir kesemua kajian menunjukkan penemuan positif ke atas apa yang mereka ingin kaji. Tetapi penjelasan ke atas penemuan-penepuan positif ini tidak dapat diberikan, maka bekam dilabel sebagai “pseudosains“.
Apakah hanya kerana kita tak dapat jelaskan secara saintifik tentang sesuatu prosedur, maka kita labelkan ia sebagai “pseudosains” ?
Kajian tentang keberkesanan bekam yang dibuat oleh Dr Bilal dan rakan2 dari Jabatan Nefrologi, Hosp Sindh Qatar, Pakistan ke atas 24 pesakit dialysis juga membuktikan betapa hebatnya prosedur bekam dalam meningkat kualiti hidup pesakit buah pinggang. Kajian di buat ke atas 24 pesakit buah pinggang. Bekam dilakukan ke atas mereka selepas habis rawatan dialysis dan bekam dilakukan setiap minggu selama satu tahun.
Kajian ini diterbitkan di Pakistan Journal of Pharmaceutical Science tahun 2015.
Keputusan kajian adalah seperti berikut :-
1. Bekam menghilangkan rasa letih selepas dialysis yg biasa di alami oleh pesakit dialysis.
2. Selera makan kembali normal (pesakit dialysis sememangnya diketahui mempunyai kurang selera makan).
3. Tekanan darah kembali normal ( kawalan tekanan darah tinggi pesakit dialysis adalah sesuatu yang sangat rumit dengan ubat-ubatan)
4. Paras hemoglobin (darah merah) kekal normal dan tiada transfusi darah diperlukan sepanjang kajian.
5. Serum UREA dan CREATININE (ujian darah utk penentuan fungsi buah pinggang) turun dengan ketara.
Keputusan menunjukkan paras CREATININE dan UREA turun dengan ketara dalam masa sebulan selepas hanya 2 kali bekam dilakukan beserta dengan diet pemakanan yang betul.
Adalah sesuatu yang menyedihkan kita hanya kerana kita tidak dapat jelaskan bagaimana bekam membaiki organ badan kita, kita melabelkan Bekam sebagai “PseudoSains” .
Rujukan journal
https://www.researchgate.net
Kredit to:
Dr Noorul Amin Abd Rahman
MD (UKM)