Cara Bekam Mengatasi Kemurungan

depresi

Sedih, rasa tertekan, hilang minat dan keseronokan dalam aktiviti² rutin adalah antara gejala² biasa berlaku pada sesetengah daripada kita apabila sesuatu peristiwa yg tidak diingini berlaku seperti kematian orang tersayang, hilang pekerjaan atau sumber utama pendapatan, disahkan oleh doktor mengidapi penyakit kanser dsbnya.

Namun apabila ia berpanjangan sehingga mengganggu tumpuan dan aktiviti² rutin seharian, ia boleh menjadi penyakit kemurungan atau depresi yg biasanya disertai dengan gejala² psikotik tertentu. Selain “life events”, depresi juga boleh dicetuskan oleh faktor personal seperti genetik, personaliti, penyakit serius, penggunaan ubatan/dadah atau alkohol yg tidak terkawal dsbnya.

Faktor lain adalah perubahan pada kimia otak itu sendiri iaitu kekurangan neurotransmitter seperti serotonin & dopamine yg berperanan membawa mesej di antara sel² otak. Beberapa kajian lain juga menunjukkan peningkatan beberapa mediator radang seperti proinflammatory cytokines, chemokines, CRP dsbnya & kepekatan hormon T³&T⁴ yg rendah dlm penyakit hipotiroidism juga mempunyai hubungkait yg rapat dengan penyakit ini.

Rawatan moden biasanya adalah dengan pemberian ubatan kimia seperti SSRIs & SNRIs yg bertujuan meningkatkan serotonin dengan menghalang penyerapan semula serotonin ke dalam sel² otak selain pengambilan synthetic thyroid hormone levothyroxine (Levo-T, Synthroid, others) untuk meningkatkan hormon T³&T⁴ dalam kes hipotiroidisme.

Bolehkah penyakit depresi dikawal melalui kaedah bekam??.

Berdasarkan mekanisme² bekam tertentu & beberapa “case study”, saya amat percaya bekam boleh mengawal penyakit ini dengan lebih berkesan tanpa banyak kesan sampingan sepertimana yg terdapat pada ubatan sintetik.

Pembekaman pada bahagian almughit umpamanya boleh menstimulasi sel² otak utk memproduksi serotonin, sekaligus menghalang sel² otak drp menyerapnya semula.

Pembekaman pada poin usus juga membantu merangsang produksi serotonin sekaligus boleh meningkatkan paras serotonin ke paras normal. Pembekaman pada poin kahil boleh merangsang produksi hormon T³T⁴, manakala pembekaman pada poin antara tulang skapula & ginjal boleh menyingkir sejumlah mediator² radang yg mempunyai kaitan dengan penyakit ini.

Tusukan² jarum bekam pada kulit merangsang produksi sejumlah hormon endorphin yg mampu mengadakan kesan relaksasi akan memaksimakan lagi kesan² bekam yg lain sekaligus mengawal penyakit depresi dengan lebih berkesan.

“Dalam sunah pasti ada kejayaan”

Medic Sabri

Ref:

1. Cytokines sing the blues: inflammation and the pathogenesis of depression
Charles L. Raison, Lucile Capuron, Andrew H. Miller

2. Levine J.
et al.: Cerebrospinal cytokine levels in patients with acute depression.
Neuropsychobiology. 1999; 40: 171-176

3. Maes M.
Major depression and activation of the inflammatory response system.
Adv. Exp. Med. Biol. 1999; 461: 25-46

4. Ford D.E.
Erlinger T.P.
Depression and C-reactive protein in US adults.
Arch. Intern. Med. 2004; 164: 1010-1014

5. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine: SM El Sayed, HS Mahmoud, MMH Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

simkad tone wow

lazada affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *