5 Prinsip Dalam Rawatan Bekam

prinsip rawatan bekam

Pada kali ini saya mahu kongsikan sedikit pengetahuan yang amat bermanafaat, agar semua juru bekam memahami dengan baik konsep bekam.

Seperti yang kita sedia maklum, berbekam sama sekali tidak menyerupai kaedah rawatan lain kerana pada bekam itu sendiri merangkumi lima (5) elemen utama yang tidak ada pada mana-mana rawatan moden mahupun alternatif yang lain. Kelima-lima elemen ni WAJIB ada pada kaedah rawatan bekam sunnah dan jika salah satu darinya tidak ada, maka ia bukanlah dikira sebagai bekam sunnah.

Setiap juru bekam pula mungkin sudah sedia maklum akan kelima-lima perkara itu tapi apakah kita memahami lima konsep tersebut dengan kefahaman yang baik? Atau apakah sekadar membekam untuk penuhkan poket sendiri tanpa mempedulikan apakah realiti bekam yang sebenar.

Untuk itu saya kongsikan sedikit kefahaman saya yang terlalu sedikit ini mengenai lima elemen utama bekam agar manafaat tersebar.

1) PENGHISAPAN

Penghisapan adalah proses memberikan tekanan negatif kepada kulit sehingga kelihatan seperti membukit. Tekanan ini diberikan pada kadar yang sepatutnya dengan alat bekam agar tidak memberi kesan kepada kulit.

Daripada proses penghisapan ini sahaja sebenarnya ada manafaat yang tersendiri. Mengikut Dr. Wadda ia memberikan kebaikan untuk sebarang penyakit bersifat lokal dan juga ringan. manakala menurut TCM ia membantu menghilangkan angin lembab badan.

2) PEMBIARAN

Setelah kulit diberikan tekanan negatif yang sesuai, ia dibiarkan seketika lazimnya selama 5 hingga 10 minit. Tujuan pembiaran ini adalah untuk menghisap oksigen yang berada di bawah lapisan kulit sehingga berlakunya hipoksia (kekurangan oksigen di bawah kulit).

Hipoksia berguna sebagai bius semulajadi dan juga melemahkan sedikit hujung saraf agar tusukan atau torehan tidak dirasakan terlalu sakit.

Proses pembiaran ini juga bermanafaat untuk mengasingkan antara darah kotor dan darah bersih. Ia juga akan menarik darah rosak dan bertoksin ke lapisan kulit yang atas (dermis).

3) TOREHAN ATAU TUSUKAN

Proses torehan (menggunakan pisau bedah) dan tusukan (jarum khas bekam) adalah proses melukakan sedikit lapisan kulit iaitu sekadar mengenai lapisan epidermis luar dan dalam agar laluan terbuka kepada darah, toksin, oksidan dan CPS (agen2 punca penyakit) untuk keluar.

Proses ini nampak menyakitkan, tetapi sebenarnya sakit yang teramat sedikit ini berguna agar sistem saraf terangsang seterusnya dapat merembeskan sel-sel imuniti tubuh dan sel anti-inflamasi.

Menurut TCM pula, proses ini akan memberikan tindak balas kepada sistem meridian tubuh secara semulajadi.

4) PENGELUARAN DARAH

Bekam sunnah asasnya adalah mengeluarkan darah. Bekam tanpa mengeluarkan darah tidak dikira sebagai bekam sunnah tetapi lebih kepada perubatan tradisional cina (TCM). Setelah kulit dilukakan akan ada sedikit atau banyak darah yang keluar. Sedikit atau banyak darah sebenarnya bukanlah permasalahan utama dalam bekam. Jika darah banyak ada huraiannya dan begitu juga jika darah yang keluar adalah sedikit.

Yang akan keluar dalam proses bekam ini biasanya sel darah yang telah rosak, bertoksin, oksidan dan juga CPS.

Pengeluaran ini seterusnya akan memacu kepada tindakan sistem tubuh badan untuk menghasilkan hormon, endokrin melalui sistem saraf pusat di otak sehingga akan memperbaiki seluruh sel-sel dan organ tubuh.

5) MEMILIH TITIK YANG TEPAT

Dalam permasalahan titik, terhadap pelbagai jenis titik yang diguna pakai dalam rawatan bekam.

a) Titik bekam sunnah

b) Titik organ

c) Titik meridian

d) Titik akupuntur

Salah satu punca penyakit tidak dapat disembuhkan melalui bekam adalah kerana salah memilih titik. Oleh itu, jika mahu berbekam carilah juru bekam yang benar-benar mahir dan luas pengetahuan dan pengalaman.

Inilah antara sedikit perkongsian agar kita semua mendapat manafaat.

Wallahu’alam

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

belajar mengaji

cara buat duit

unifi

maxis fiber

simkad tone wow

kupon temu

lazada affiliate

temu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *